Monday, October 29, 2012

HIDUP Dengan MEMBERI


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai, hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi. Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi, namun itulah yang terus dihargai dan diingati!

Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi.

Erti 'HIDUP DENGAN MEMBERI'

Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari n diri seseorang.

Ada pepatah pernah menyebut:

'Jadilah seperti pokok... walau dilontar dengan tahi... namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling!'

Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain, sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan. Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang.

Sedarkah kita?!

Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian... cubalah lontarkan:

'Apakah sumbangan yg telah aku berikan kepada orang lain?!'

Jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?!

Erti 'HIDUP Dengan MEMBERI' harus diteladani. Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

'Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima!'

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi! Sebelum kita semua melangkah pergi, persiapkanlah segala bekalan untuk diri. Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari!

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 'Apabila seorang manusia mati, putuslah [tulisan pahala] amalan [setakat itu] kecuali tiga perkara [yang akan berlanjutan tulisan pahalanya] iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya!'
[Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad]

Semoga erti 'HIDUP Dengan MEMBERI' ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati! Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.

Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih2 lagi...

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...