Thursday, October 4, 2012

6 Jenis Perasaan Manusia


Perasaan manusia ini wujud hasil daripada beberapa faktor. Salah satu faktor adalah oleh sebab keadaan fizik yang mempengaruhinya.
Sebagai contoh ada beberapa penyakit kronik yang mempengaruhi perasaan tertentu sepanjang waktu.

Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa terdapat 6 emosi atau perasaan yang dialami oleh manusia. Ia mengatakan bahawa sekiranya salah satu daripada perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan [menguasai diri] berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

6 perasaan yang menandakan adanya penyakit adalah seperti berikut:

1. Gembira dan kegirangan
Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

2. Gelisah dan resah
Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

3. Risau
Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain yang menyertai biasanya adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi [haid] tidak teratur.

4. Sedih dan pilu
Masalah pada sistem pernafasan terutama paru2 boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk2 lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

5. Takut

Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.

6. Marah
Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Demikian 6 jenis perasaan manusia. Jadi apakah perasaan anda sekarang ini?!
Bosan?! Walaupun bosan berkaitan dengan perasaan namun ia tidak termasuk dalam kategori UTAMA perasaan manusia.

Berperasaan ini normal cuma jangan berlebihan dalam berperasaan nanti memakan diri. Cari sesuatu pengganti untuk mengubati perasaan anda, sebagai contoh jika anda sedih buat perkara yang dapat mengurang dan menghilangkan kesedihan Anda.

Agama Islam pun ada mengajar umatnya untuk mengawal perasaan marah: Bila Anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Bila duduk masih marah, maka berbaringlah. Kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda maksudnya: 'Maka apabila salah seorang di antara mu marah dalam keadaan berdiri, duduklah dan apabila marah dalam keadaan duduk, berbaringlah!' [Riwayat Abu Daud].

Kesimpulannya: Kawal perasaan dan emosi Anda, dan jangan biarkan emosi mengawal anda!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...