Monday, June 23, 2014

AMANAH ALLAH YANG PALING TERINDAH!


Memang aku yang mengandungkan anak ini.. 9 bulan. Lama! Memang aku yang melahirkan dia. Sakit!
.. tetapi anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah.. bila2 masa Allah boleh ambil semula!

Jadi mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba melayan kawan2 di cafe dan laman sesawang sampai ke pagi. Jangan aku lupa anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil balik!

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi.. sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku membesar dengan sihat. Mengapa aku mengeluh?! Lupakah aku anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil balik!

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni! Ya Allah! Sedarkah aku.. ramai lagi yang berhabis berpuluh dan beratus ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah! Anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil kembali!

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di Facebook, si anak ini merengek mahu diangkat2 dan diagah2 pula. Ah! Mana boleh?! Nanti jadi manjalah dia! Nah, ambil ini dan mainlah sendiri. Allah! Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini?! Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup.. tetapi Allah tak bagi! Allah berikan pada aku.. tetapi mengapa aku mengeluh?! Inikan milik Allah.. bila2 masa Allah boleh ambil dia kembali!

Ya Allah! Telah Kau berikan kepadaku anak sebaik, sesihat, secomel dan secerdik ini.. tetapi masih aku tidak bersyukur! Ampunkan aku Ya Allah! Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke JannahMu. Kau berikanlah aku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku. Dia milikMu.. bila2 masa Kau boleh ambil dia  kembali..

Sekadar berkongsi..
Sumber: http://www.facebook.com/DrAmirulAmin

MINI SAMOSA CHEESE UNTUK HARI RAYA..


Tgk TV sambil kudap2 'Mini Samosa Cheese'. Tk sedar kejap je dh abis. Yummy! Mmg tak bermakna Raya tanpanya! Huhuhu..

Klu ada sesapa yg teringin nk rsa bole la order!


Untuk tempahan sila kunjungi: http://www.facebook.com/KerepekMeletup

DAPUR KU MERAGAM! Hehehe..


Bagus betul dapur ni! Dah byk hari buka2 tak menyala.. skali bila Mak n adik2 nk datang elok plk dia menyala. Gud girl! Tk payah susah2 nk panggil org datang repair..
 

HAPPY BIRTHDAY AIRYL..

Erk! Bole plk dia termenung depan kek?! Sabor je la..

Selamat hari ulangtahun ke 4 buat buah hati pengarang jantung, Muhammad Airyl Zakwan. Moga dianugerahkan Allah rezeki, ilmu dan ilham yang berguna untuk menjadi anak yang soleh. Love u so much. Muahsss..




AIRYL lagi! Hurmmm..


Nk jadi 'kontraktor' la plk! Penuh satu rumah dgn barang permainan dia..

AIRYL dan Mc DONALDS. Hehehe..

Pantang nmpak Mc Donalds mesti budak Airyl ni ajak masuk. Padahal dia bukan makan apa pn.. setakat friench fries je! Sabor je la..

Suka ati la tu nengok gambar dia shomel sangat! Hehehe..
Peace Yo!

Dulu Airyl cukup takut klu nampak patung Mc D ni.. dr jauh dia dh mengelak. Sekarang pantang jumpa.. mesti nk amik gambar sama!
 

MOMMY dan AIRYL..


Sama tapi tk serupa! Hurmmm.. tapi 'part' hidung tu mmg btl2 nmpk sama! Hahaha..

MANGGA HARUMANIS


Mangga Harumanis kini tidak perlu diperkenalkan lagi. Isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya.

Terkenal di negeri Perlis.. permintaan yang tinggi di seluruh negara menjadikannya sebagai buah eksklusif yang mesti dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini. Perlis adalah satu-satunya negeri pengeluar Mangga Harumanis di negara ini dan ia bermusim hanya sekali dalam setahun. Antara lokasi utama tumpuan orang ramai setiap kali tiba musim Mangga Harumanis ialah Bukit Bintang, Paya Kelubi dan Chuping.
 
Selepas berakhirnya musim tuaian, para penggemar Mangga Harumanis terpaksa menunggu setahun lagi untuk menikmati keenakannya.

Walaupun dijual dengan harga  tinggi iaitu sekitar RM25.00 - RM30.00 sekilogram, Mangga Harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujung bulan April sehingga akhir bulan Mei pada setiap tahun.

Menariknya, buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain. Mangga Harumanis boleh didapati dalam dua jenis iaitu Harumanis emas dan biasa.

Kegilaan peminat setia Mangga Harumanis sehingga sanggup 'booking' secara online.. mcm aku juga. Hehehe.. Wlu pn aku beli dgn harga RM23.00 sekilo tapi mmg puas hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...