Wednesday, November 27, 2013

JOM MAKAN!

Posing dlu sebelum makan! Harus gitu! Hahaha...

 
 

Lunch di Grand Bluewave Shah Alam. Nasi putih lauk opor ayam n salad udang. Yummy!

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE

SUSTAINED RELEASE adalah teknologi yang sangat2 membantu Vitamin C untuk kekal lama di dalam badan. Setiap sejam hanya 100mg Vitamin C  dilepaskan di dalam badan. Jadi, ia akan bertahan selama 5 jam di dalam badan. 

Mengapa perlu teknologi ini?! Kerana Vitamin C bersifat larut air dan mudah termusnah oleh suhu yang tinggi, stress dan sebagainya.
Satu tablet Vitamin C ini mengandungi 500mg, bersamaan dengan memakan 7.5 buah oren! 
 
VITAMIN C ANTIOKSIDA TERBAIK
  • Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
  • Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
  • Menbantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kudis
  • Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging 

VITAMIN C MUDAH ROSAK DISEBABKAN
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg Vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress [tekanan] - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama atau suhu tinggi juga merosakkan Vitamin C dalam makanan

KEPERLUAN VITAMIN C DALAM BADAN

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok atau mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan Vitamin C
  • Membina kolagen [sebagai bahan pengikat] dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan Vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress [tertekan], penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan Vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress [hormon yang melawan stress]
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru [setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar]
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 - 5000mg sehari dapat mengurangkan risiko dan melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar [rektum], kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat Vitamin C adalah larut air.

TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

  • Tanda-tanda lebam [bruises] atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila2 masa sahaja

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
  • Rasa letih
  • Gigi gugur
  • Saluran darah kecil atau mudah pecah
  • Luka lambat sembuh
  • Penyakit anemia [kurang darah]

Thursday, November 21, 2013

APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA...


Catatan diambil dari ohartis.com

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China [Kampuchea] pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. 

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu2nya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah...
 
Salam,

Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman yg merupakan anak kepadaTuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yg aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yg kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Istanbul. Semoga Allah mencucucri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Hj Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yg merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yg berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja [MTD-RMC] dan sedang melanjutkan pelajarannya di Turki dlm bidang Sejarah. Anak yg dipersiapkan oleh kedua ibubapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pd 2 hb November 2013. Hanya kepada Allah kita berserah segalanya dan mudah2an Allah merahmati dan memberi ganjaran yg setimpal kepada kedua ibubapanya yg 'menyerahkn' kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Aminnn...

Ahmad Ammar seorang anak muda yg baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya... tekun dan berdidiplin, taat dan bercita2 tinggi. Tidak banyak besuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak... dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yg penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yg lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibubapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. Allah menyayangimu. Sungguh hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan. Ditakdirkan Allah jasadmu juga bersama para pejuang2 agama Allah yg mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 soleh. Takdir Allah buat hambaNya yang terpilih. Hanya Allah yg lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel. 

Buat anak2 muda di luar sana, sempena tahun baru Hijrah ini jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang2nya berazamlah untuk dekat dengan orang2 soleh. Inshaa Allah... akhir hayat kita akan diiringi oleh orang2 yg soleh, didoakan roh kita oleh orang2 yg soleh, Inshaa Allah semoga kita juga akan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai...

Beliau telah dikebumikan di sekitar makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar. Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayyub Al-Ansari R.A. 

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur diketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak2 muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir Allah, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım.

Perancangan ALLAH SWT.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘Anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.

HAJI AMIDI ABD MANAN
Presiden ABIM.

Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Di usia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah anda berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana...

Wednesday, November 20, 2013

BERBALOIKAH PERHUBUNGAN JARAK JAUH [PJJ]..


Jika ikut kata pepatah, 'Jauh di mata dekat di hati'.. Kalau itu yang terjadi, tidak ada masalah lah kan?! Namun ada juga yg berkata, 'Bila jauh di mata, makin jauh juga di hati!' Kalau selalu berjumpa sebulan sekali, sekarang ini bercakap di telefon sekali dalam sebulan pun payah. Bila diajukan pertanyaan, alasannya sibuk. Hurmmm.. macam dia sorang jer yang bekerja kan?!

Sebenarnya, dekat atau jauh bukan satu faktor untuk mengekalkan hubungan kasih sayang. Ada pasangan yang tinggal sebumbung akhirnya berpisah juga dan seperti rakan2 saya, walaupun telah bertahun terpisah, hubungan tetap kekal malah makin mesra. Pokoknya kemahuan dan kehendak hati sendiri. Tepuk dada tanyalah cinta anda. Jika anda sedar dan berkehendak untuk mempertahankan cinta dan kasih sayang anda kepada si dia, anda boleh melakukannya walau jarak ratusan batu memisahkan anda berdua.. walau hanya sesekali berjumpa.. walau hanya mampu mendengar suara melepas rindu. Yang penting.. kemahuan anda dan si dia!

Renung kembali sejarah perkenalan anda. Kebanyakan kita tidak berkenalan dan berpasangan dengan jiran sebelah rumah, betul kan?! Ada yang berkenalan dengan individu dengan jarak puluhan atau ratusan batu. Masih boleh meneruskan perhubungan hingga masing2 sepakat mengikat kata janji. Jika saat mula anda boleh mewujudkan cinta dengan si dia bererti bila cinta dah ada.. jauh bukan lagi alasan atau sebab untuk menafikan cinta. 

Seperti yang saya tegaskan, dekat atau jauh tidak penting.. yang penting kehendak anda sendiri. Seperti rakan saya, walau suami jauh nun di utara apa saja yang dilakukannya atau apa juga telatah dan kerenah anak2nya, suami takkan tak tahu walaupun hanya sekadar keluar bersama saya ke Tesco atau Giant. Setiap pergerakan dan perbuatan akan dikhabarkannya kepada suami. Sama juga dengan suaminya.. walau apa aktivitinya di sana rakan saya akan tahu. Sesibuk mana pun pasti mereka akan mencari masa walau sekejap untuk berbual dan bertanya khabar. Jelas sekali kata bidalan, hendak seribu daya.. mahu seribu cara!

Jika anda mahu menghasilkan biskut sudah pasti anda takkan sediakan adunan kek. Sama lah juga jika anda ingin kekalkan rasa cinta dan sayang kepada pasangan anda.. anda akan berusaha mempertahankan kasih sayang anda dan si dia. 


Jauh di mata bukan alasan mudah untuk anda memasang mata mencari yang kedua, ketiga atau ‘spare tyre’. Saya teringat satu luahan seorang suami mengenai konsep hubungn jarak jauh ini atau lebih tepat lagi, luahannya menjurus kepada hikmah berpoligami. Kata si lelaki, 'Dah kalau terpaksa berjauhan apalah salahnya jika si isteri memberi izin kepada si suami untuk berkahwin seorang lagi dengan seseorang yang boleh menemani si suami sepanjang masa?!'.. itulah luahannya. Jawapan yang saya kemukakan tika itu ingin saya kongsi bersama dengan anda hari ini.

Kalaulah semudah itu mencari alasan untuk berpoligami, memang hancurlah perkahwinan. Bayangkanlah.. sekali terpaksa berpisah kawin lain untuk mempunyai teman.. terpisah lagi kawin lagi.. terpisah lagi kawin lagi! Kalau ditakdirkan dalam 5 tahun mempunyai lebih dari empat lokasi kerja, berapa ramai isteri anda dah ada?! Perkahwinan bukan sekadar nak adakan teman di depan mata.. banyak perkara yang lebih utama perlu difikirkan. Paling penting, kenapa berpandangan hanya suami yang perlukan teman sepanjang masa?! Isteri?! Hakikatnya isteri yang lebih memerlukan teman kerana isteri secara asasnya adalah untuk dilindungi.

Dalam era ‘air dalam besi dan api dalam kaca’ sekarang ini.. jauh ribuan batu bukan satu alasan untuk anda beralih kasih apatah lagi bersikap curang. Terlalu banyak kemudahan yang ada yang boleh anda gunakan untuk mengukuhkan ikatan cinta dan kasih sayang. Jauh dirindu.. dekat di sayang. Malahan secara logiknya, pertemuan sesekali itu adalah lebih baik dan mengeratkan kasih sayang seperti kata pepatah Arab: Zur ghibban tazdad hubban.. Paling penting kehendak anda!

  
TIPS MENJAGA PERHUBUNGAN JARAK JAUH

■ Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari2! YA! Setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘Good Night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir2 setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

■ Gunakan Facebook, YM Messenger, WhatsApp, WeChat atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

■ Hujung minggu pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos.. anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

■ Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat! Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang 'bukan2'.. pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

■ Kerapkanlah anda berdua saling berSMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali.. waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

■ Anda boleh sekali sekala lakukan 'Video Chat' atau 'Video Conferencing'. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah 'webcam' yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai2 komputer dan perisian Skype. Yang 'best' ya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

■ Tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda.. nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua!

Tuesday, November 19, 2013

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA


BAHAN2NYA
1 paket kecil suun - rendam dan dipotong sedikit
1 paket kecil tauhu kering - direndam dan potong kecil
3 keping tauhu - di potong dadu kemudian digoreng
2 biji kentang - potong dadu dan digoreng
1 keping tempe - potong dadu dan goreng
5 - 6 batang kacang panjang - hiris menyerong nipis nipis
8 - 10 biji cili kering - digunting nipis2
1/2 cawan udang - buang kepala dan kulit
1/2 cawan santan pekat
3 - 4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering hiris yang telah direndam hingga wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup, santan, sayur2an, suun, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi.
3. Masukkan garam, lada sulah dan perasa dan kacau rata.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

KOLEKSI KERETA MEWAH SULTAN BRUNEI

Koleksi Kereta Mewah Milik Sultan Brunei Berharga RM16 Billion!
 

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai lebih dari 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia yang terdiri daripada pelbagai model.

 
 
 
 
 
 

Ini baru sebahagian dari lambang kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei. Sultan Brunei dikatakan Sultan terkaya di dunia selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah b. Abdul Aziz.
Harga kesemua kereta kereta mewah tu dalam anggaran RM16 Billion!


Koleksi Kereta Milik Sultan Hassanal Terdiri Daripada:
Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron [edisi biasa dan Pur Sang] , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s

Mengikut catatan rasmi, hingga 30 Jun 2010, baginda mempunyai 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di 5 buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

SYAHID YANG TERTANGGUH!

Catatan berikutnya juga saya ambil dari http://cikmatahariku.blogspot.com
 
... tenanglah Adinda Ahmad Ammar, dlm persemadian abadinya di pinggir Constantinople di sisi Abu Ayyub al-Ansari r.a...

Ini kisah perpisahan lagi. Beliau digelar oleh sahabat2nya sebagai "SYAHID YANG TERTANGGUH." Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti  Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita2 ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden ABIM sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu2nya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

SAAT AKHIR KEMATIANNYA 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah2 Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat2 menggelarnya "SYAHID YANG TERTANGGUH."



PENGAKHIRAN HIDUP YANG BAIK 

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Constantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah "Muhajir" dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya "Tawafuk" yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?! Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?!

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
"… dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah... dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
REDHA ALLAH DAN REDHA MANUSIA

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar2 baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini."
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulanS. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa2nya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita2nya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayangNya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja2 seumpama Ammar. Masya Allah! Tabarakallah! Al-Fatihah...

KEMATIAN YANG DICEMBURUI


Video ini telah ditayangkan dalam program "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA: PERKONGSIAN & HARAPAN" pada 17 November 2013 di Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Video ini disediakan untuk memaparkan perjalanan hidup Sehidimiz Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.

Sehidimiz Ahmad Ammar merupakan ahli dan koresponden rasmi GPTD Turki dan kini telah disemadikan di kawasan perkuburan berhampiran Abu Ayub Al-Ansari.

Catatan berikutnya saya ambil dari http://cikmatahariku.blogspot.com

Ini bukanlah kalimah yg saya cipta sendiri melainkan saya mendapatnya dari salah seorang pengirim ucapan takziah di laman muka buku Ahmad Ammar [yang kini sudah pun disemadikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Eyub Sultan... tempat Ammar disemadikan mengadap Laut Golden Horn... tanah perkuburan yg menempatkan lebih 60 para sahabat Nabi, Awliya, Panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir Allah, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah]

YA! Kerana itulah saya menulis entri ini dengan tajuk yang begitu: KEMATIAN YANG DICEMBURUI. Saya ingin kongsikan, beberapa ucapan takziah daripada kalangan sahabat Ahmad Ammar, semoga menjadi pendorong dan semangat kita dalam menyelusuri setahun mendatang sempena Hijrah ini dan juga hari2 seterusnya jika masih ada usia yg dipinjamkanNya.
 

UCAPAN TAKZIAH PERTAMA
"Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 Soleh. Takdir Allah buat hambanya yang terpilih.
Adindaku Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. Allah menyayangimu... sungguh hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan. Ditakdirkan Allah jasadmu juga bersama para pejuang2 agama Allah yg mati mereka juga di dalam perjuangan.
Di Istanbul selain daripada Fatih, Eyub merupakan tempat kegemaran saya. Di sinilah letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada Angkatan Pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Constantinopel. Mulai hari ini, Eyub dan Istanbul akan sentiasa dekat di hati.
Buat anak2 muda di luar sana, sempena tahun baru Hijrah ini jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang2nya berazamlah untuk dekat dengan orang2 soleh. InshaAllah...
Akhir hayat kita akan diiringi oleh orang2 yg soleh, didoakan roh kita oleh orang2 yg soleh, Inshaa Allah semoga kita juga akan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh."
UCAPAN TAKZIAH KEDUA
"Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan. Tanah perkubUran yg menempatkan lebih 60 para sahabat Nabi, Awliya, Panglima Uthmaniyyah dan orang ternama.
Ammar, Kau di tempatkan bersama orang soleh. Kau menjadi sejarah agung. Ingatkah dulu kita pernah bersahabat... di waktu kecil kita yg riang?!
Aku bangga... tetapi lebih2 lagi aku malu. Bila terkenangkan nasib diri: Mampukah aku menemanimu?! Layakkah aku di tempat itu?!"
UCAPAN TAKZIAH KETIGA
"Mati itu pasti! Sungguh, sang mukmin tidak takut akan mati. Aku?! Badan mengigil2 saat mati cuma kunjung sekitar. Satu2 berita kematian muda singgah di cuping telinga... semua bikin aku terpana... terkesima... dek kerana dekat... dek kerana terikat tali kenal.
Budak pandai semua ambil medik... ambil engine... last2 kerja duduk bawah pemerintah zalim dan jahil... tak ramai yang cuba naik atas nak ubah sistem. Sepatutnya kita budak pandai ni yang ambil tampuk pemerintahan!
YA! Pertemuan akhir Ramadhan lepas sungguh bikin aku terkejut... bikin aku kagum. Bisik hatiku, 'hebat cita-cita kawan aku ni!'... buat aku terbayang Utopia masa depan Ummah pasti bermoral tinggi.
Pergi, pergi. Orang baik biasa pergi awal. Sayang Allah pada kau pasti tebal. Aku dan yg lain masih disini. Mengharungi badai ilmu untuk bekal diri... tapi aku bukan kau. Jujur, aku lebih banyak fikir periukku, banding engkau, periuk Malaysia. Semoga pemergianmu buat aku sedar, hidup itu untuk Islam bukan hanya seronok berlegar."
PENUTUP KEMATIAN YANG DICEMBURUI


Saya ingin mengambil iktibar dengan kematian yang dicemburui ini. Anak muda ini dengan cita2 murninya, dengan akhlak terpujinya dan dengan rancangan masa depannya... layakkah saya dan kita untuk berasa cemburu?! Layakkah dengan berasa cemburu kita mendapat kesudahan mati yang baik sepertinya?! Semoga Tuhan merahmati roh anak muda ini kerana disaat kematiannya, masih menjadi peringatan kepada orang2 yg mahu berfikir. Masih memberi manfaat kepada kita semua. Allah...

Maaf saya pohon dari seluruh keluarga Ahmad Ammar, jika bingkisan Hijrah saya khususnya untuk pembaca di blog ini mengundang pilu dan kesedihan yg berpanjangan. Maaf juga saya meminjam beberapa foto dari Facebook Ahmad Ammar tanpa izin keluarga Ammar. Saya hanyalah seorang 'Guru Keci'l kepada seorang anak murid yang berjiwa besar ini. Maafkan saya dan semoga catatan ini memberi manfaat dan kebaikan yang banyak kepada semua pembaca di blog ini. Amin...

Al Fatihah kepada Ahmad Ammar b Ahmad Azam [Pelajar Tahun Kedua mengkhusus dalam bidang Sejarah di Marmara Universiti, Turki]...

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN...

Gambar Suspek: ROZITA AWANG, Pemilik Taska Permata Harapan

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA Mengenai Pengalaman Beliau Bekerja Selama Sebulan Di Sana.
Bersama kita ambil iktibar:

"Aku pernah bekerja di Taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, [pengasuh] pukul budak yang tak tahu apa2. Hari2 aku tersebak hati, kerana budak2 kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat?! Bila aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis... tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata, "Oi, kau buat apa tu?! Semak la kau ni! Jangan manjakan budak tu!" Aku hanya mendiamkan diri... dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat [bayi] menangis, aku tak tahu apa yang dia orang [pengasuh] lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar2 susu. Ibu2 bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas diberi semua budak minum... yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik... yang lain simpan buat anak tuan Taska pakai semua seperti susu tepung. Ada seorang kanak2 istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah... cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang2 ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan lampin, sebaliknya pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak [pengkomen] katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka [ke taska itu].

Akhirnya aku berhenti setelah mendapat gaji. Mak marah, "Kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni?!" Aku kata rezeki di mana2. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA... "

[Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum]

Monday, November 18, 2013

Monday, November 11, 2013

BINGIT FESTIVAL 2013

... at Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Jumpa lagi di BINGIT FESTIVAL 2014 pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...