Tuesday, November 19, 2013

KEMATIAN YANG DICEMBURUI


Video ini telah ditayangkan dalam program "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA: PERKONGSIAN & HARAPAN" pada 17 November 2013 di Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Video ini disediakan untuk memaparkan perjalanan hidup Sehidimiz Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.

Sehidimiz Ahmad Ammar merupakan ahli dan koresponden rasmi GPTD Turki dan kini telah disemadikan di kawasan perkuburan berhampiran Abu Ayub Al-Ansari.

Catatan berikutnya saya ambil dari http://cikmatahariku.blogspot.com

Ini bukanlah kalimah yg saya cipta sendiri melainkan saya mendapatnya dari salah seorang pengirim ucapan takziah di laman muka buku Ahmad Ammar [yang kini sudah pun disemadikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Eyub Sultan... tempat Ammar disemadikan mengadap Laut Golden Horn... tanah perkuburan yg menempatkan lebih 60 para sahabat Nabi, Awliya, Panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir Allah, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah]

YA! Kerana itulah saya menulis entri ini dengan tajuk yang begitu: KEMATIAN YANG DICEMBURUI. Saya ingin kongsikan, beberapa ucapan takziah daripada kalangan sahabat Ahmad Ammar, semoga menjadi pendorong dan semangat kita dalam menyelusuri setahun mendatang sempena Hijrah ini dan juga hari2 seterusnya jika masih ada usia yg dipinjamkanNya.
 

UCAPAN TAKZIAH PERTAMA
"Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 Soleh. Takdir Allah buat hambanya yang terpilih.
Adindaku Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. Allah menyayangimu... sungguh hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan. Ditakdirkan Allah jasadmu juga bersama para pejuang2 agama Allah yg mati mereka juga di dalam perjuangan.
Di Istanbul selain daripada Fatih, Eyub merupakan tempat kegemaran saya. Di sinilah letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada Angkatan Pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Constantinopel. Mulai hari ini, Eyub dan Istanbul akan sentiasa dekat di hati.
Buat anak2 muda di luar sana, sempena tahun baru Hijrah ini jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang2nya berazamlah untuk dekat dengan orang2 soleh. InshaAllah...
Akhir hayat kita akan diiringi oleh orang2 yg soleh, didoakan roh kita oleh orang2 yg soleh, Inshaa Allah semoga kita juga akan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh."
UCAPAN TAKZIAH KEDUA
"Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan. Tanah perkubUran yg menempatkan lebih 60 para sahabat Nabi, Awliya, Panglima Uthmaniyyah dan orang ternama.
Ammar, Kau di tempatkan bersama orang soleh. Kau menjadi sejarah agung. Ingatkah dulu kita pernah bersahabat... di waktu kecil kita yg riang?!
Aku bangga... tetapi lebih2 lagi aku malu. Bila terkenangkan nasib diri: Mampukah aku menemanimu?! Layakkah aku di tempat itu?!"
UCAPAN TAKZIAH KETIGA
"Mati itu pasti! Sungguh, sang mukmin tidak takut akan mati. Aku?! Badan mengigil2 saat mati cuma kunjung sekitar. Satu2 berita kematian muda singgah di cuping telinga... semua bikin aku terpana... terkesima... dek kerana dekat... dek kerana terikat tali kenal.
Budak pandai semua ambil medik... ambil engine... last2 kerja duduk bawah pemerintah zalim dan jahil... tak ramai yang cuba naik atas nak ubah sistem. Sepatutnya kita budak pandai ni yang ambil tampuk pemerintahan!
YA! Pertemuan akhir Ramadhan lepas sungguh bikin aku terkejut... bikin aku kagum. Bisik hatiku, 'hebat cita-cita kawan aku ni!'... buat aku terbayang Utopia masa depan Ummah pasti bermoral tinggi.
Pergi, pergi. Orang baik biasa pergi awal. Sayang Allah pada kau pasti tebal. Aku dan yg lain masih disini. Mengharungi badai ilmu untuk bekal diri... tapi aku bukan kau. Jujur, aku lebih banyak fikir periukku, banding engkau, periuk Malaysia. Semoga pemergianmu buat aku sedar, hidup itu untuk Islam bukan hanya seronok berlegar."
PENUTUP KEMATIAN YANG DICEMBURUI


Saya ingin mengambil iktibar dengan kematian yang dicemburui ini. Anak muda ini dengan cita2 murninya, dengan akhlak terpujinya dan dengan rancangan masa depannya... layakkah saya dan kita untuk berasa cemburu?! Layakkah dengan berasa cemburu kita mendapat kesudahan mati yang baik sepertinya?! Semoga Tuhan merahmati roh anak muda ini kerana disaat kematiannya, masih menjadi peringatan kepada orang2 yg mahu berfikir. Masih memberi manfaat kepada kita semua. Allah...

Maaf saya pohon dari seluruh keluarga Ahmad Ammar, jika bingkisan Hijrah saya khususnya untuk pembaca di blog ini mengundang pilu dan kesedihan yg berpanjangan. Maaf juga saya meminjam beberapa foto dari Facebook Ahmad Ammar tanpa izin keluarga Ammar. Saya hanyalah seorang 'Guru Keci'l kepada seorang anak murid yang berjiwa besar ini. Maafkan saya dan semoga catatan ini memberi manfaat dan kebaikan yang banyak kepada semua pembaca di blog ini. Amin...

Al Fatihah kepada Ahmad Ammar b Ahmad Azam [Pelajar Tahun Kedua mengkhusus dalam bidang Sejarah di Marmara Universiti, Turki]...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...