Monday, December 31, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013


Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi... kadang tak bererti... kadang tanpa makna atau hanya sedikit makna.
Semoga di tahun 2013 ini setiap lembaran memiliki makna... setiap lembaran bermanfaat!

... semoga bermulanya tahun baru ini juga menjadi titik permulaan bagi diri kita dengan azam baru untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Cinta di bulan Febuari
Kedamaian di bulan Mac
Ketenangan di bulan April
Kesenangan di bulan Mei
Kegembiraan di bulan Jun hingga November
Dan keuntungan di bulan Disember
Semoga TAHUN BARU 2013 ini Allah memberikan kita...
12 bulan kebahagian
52 minggu kegembiraan
365 hari kejayaan
8760 jam kesihatan
52600 minit keuntungan
3153600 detik keceriaan!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia...

Karipap GERGASI...

Sbnrnya aku dh lama tau akan kewujudan Karipap Gergasi kt area Shah Alam ni... sbb ofismate aku selalu beli karipap ni kt satu gerai kt sekitar Stadium Shah Alam. Cumanya baru2 ni masa aku balik kg di Ijok, Kuala Selangor...
... masa tu aku n HB on the way nk ke Tesco Kuala Selangor, tiba2 ternampak satu gerai kt tepi jalan kt Assam Jawa yg 'banner'nya tertulis KARIPAP GERGASI. Aku pn soh HB beli. HB mmg teruja sangat sbb dia baru 1st time nengok.

Anyway Karipap Gergasi ni ada inti kentang + daging atau kentang + ayam. Harga RM2.50 sebiji. Mmg berbaloi2!




- Cuba tengok perbezaan Karipap Gergasi dgn sebiji telur ayam! Hehehe...

Wednesday, December 26, 2012

Boikot L'OREAL... Boikot ISRAEL!


Sasaran 'BOIKOT' seterusnya adalah L'Oreal... [Garnier adalah produk L'oreal].

Kenapa Boikot L'Oreal?!

1. Kilang L'Oreal didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas pada tahun 1952 [Al-Mujaydil].

2. Untuk mengukuhkan kehadirannya L'Oreal Israel ditubuhkan pada tahun 1994 dengan menghasilkan barangan kecantikan dari garam Laut Mati - yang dirampas dari Tebing Barat, Palestin.

3. L'Oreal menganugerahkan hadiah inisiatif penyelidikan kepada Weizmann Institute of Science yang membangunkan senjata kimia, biologi dan nuklear yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.

GARNIER adalah produk L'Oreal dan dinasihatkan duta produk Garnier menamatkan kontrak sebagai duta syarikat pembunuh rakyat Palestin itu.


Baca lanjut...
Why Boycott L'Oreal?!

L'Oreal has been present in Israel since 1983 via the Migdal Ha'Emek plant. The settlement of this town was established in 1952 on lands belonging to the ethnically cleansed Palestinian village of al-Mujaydil, whose inhabitants are still denied the right to return to their homes. Like many other Israeli settlements in Palestinian villages, Migdal Ha-emek discriminates against Palestinian citizens of Israel, denying them the right to buy, rent or live on any part of the town, simply because they are 'Non Jews'.

To reinforce its presence in the country, it established L'Oreal Israel in 1994. L'Oreal Israel manufacturers a line of products using minerals that are from the Dead Sea. This line is called 'Natural Sea Beauty' that is exported to 22 countries. What is not known is that one third of the western shore of the Dead Sea lies in the Israeli occupied West Bank.

This part of the Dead Sea is closed to the Palestinians by Israeli military occupation and apartheid practices, while Israel uses the Dead Sea for international tourism, mining and other business activities.

L'Oreal has also awarded a $100,000 'lifetime achievement' award to a scientist at Israel's Weizmann Institute of Science in July 2008. The Weizmann Institute has been a major centre for clandestine research and development of nuclear, chemical and biological weapons on behalf of Israel's military with which it has close ties.

For these reasons, VPM calls upon the consumers of Malaysia and all over the world to boycott all products from L'Oreal.

As an extra note, The Body Shop is now under the L'Oreal company, as well as Giorgio Armani Perfumes, Redken 5th Avenue NYC, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren Perfumes, Carson...

Friday, December 21, 2012

Analisis: 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged Ezzedine Al Qassam


Briged Ezzedine Al Qassam. Mereka juga mendapat jolokan Tentera Malaikat.

Nama mereka kian gah dan menjadi sebut di mana2 terutama bagi mereka2 yang peka dengan isu permasalahan Palestin. Briged ini merupakan sayap ketenteraan bagi HAMAS yang menjadi gerakan utama di Palestin yang memperjuangkan membebaskan Al Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.

Kepimpinan HAMAS dan Al Qassam sangat2 menitik beratkan kualiti dan latihan bagi setiap ahli briged kerana mereka merupakan tulang belakang dan nadi kepada perjuangan Palestin yang suci ini.

Kerana itu, jika dilihat kepada syarat minima untuk menyertai Pasukan Tentera Al Qassam ini seolah2 ia sangat mustahil untuk dipenuhi namun, dengan izin Allah S.W.T para pemuda Palestin sentiasa berusaha agar mereka terpilih untuk memikul amanah perjuangan ini.

Beberapa syarat minima sertai pasukan ini:

[1] Konsisten Solat Subuh Secara Berjemaah Selama 6 Bulan Tanpa Tertinggal

- Solat Subuh antara solat fardu yang tersukar untuk dilaksanakan kerana ujian, dugaan dan cabarannya sungguh banyak! Bagi pemuda2 yang biasa dan konsisten dengan solat fardu Subuh, ia memberikan satu petanda bahawa jiwanya kuat dan mampu melawan hawa nafsunya sendiri.

Sungguh unik, syarat ini. Kayu ukur yang tiada dalam mana2 syarat ketenteraan di dunia hatta di Malaysia. Ianya hanya ada di Palestin!

[2] Menghafal 30 Juzuk Al Quran dan Hadis Nabi

- Rata2 pemuda2 Palestin adalah ahli Al Quran. Mereka menghafal keseluruhan Al Quran dan menjadikan diri mereka sebagai Al Quran yang bergerak dan berjalan. Adalah menjadi suatu keaiban di Palestin terutamanya di Gaza bagi sebuah keluarga, jika tidak mempunyai ahli keluarga yang menghafal 30 juzuk Al Quran.

Sudah menjadi kebiasaan di sana, kem cuti sekolah adalah fokus kepada menghafal Al Quran. Saban tahun, beribu2 penghafal Al Quran berjaya dilahirkan. Inilah semangat yang harus kita contohi.

Disamping itu, kebanyakan mereka juga menghafal hadis Rasulullah S.A.W. Ia sebagai panduan kehidupan dan jalan2 pencerahan menuju ke Syurga. Gandingan Al Quran dan Hadis melekat kuat dihati mereka, dan inilah yang menjadikan syarat utama yang melayakan mereka untuk menjadi pejuang deen Allah S.W.T.


[3] Solat 5 Waktu Secara Berjemaah

- Syarat ini sebenarnya adalah satu syarat yang sangat2 sukar untuk dilakukan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam harus dilakukan secara berjemaah. Tidak boleh sendirian.

Ia perlu konsisten dan istiqamah!

Ke mana sahaja mereka pergi, di waktu mana dan dengan sesiapa sahaja mereka berada... ketika masuknya waktu solat fardu, mereka kena pastikan mereka solat di awal waktu dan ia perlu disempurnakan secara berjemaah. Tiada pilihan... hanya dengan berjemaah!

Di medan tempur, di saat pengawal atau di kedai... solat fardu adalah keutamaan dan berjemaah itu adalah satu imej yang biasa pada tentera Al Qassam.

[4] Lazimi Puasa Sunat Isnin dan Khamis serta Solat Sunat Rawatib

- Selain itu, sebagai bekalan kerohanian dan kejiwaan, mereka dimestikan membiasakan diri dengan amalan2 sunat. Puasa sunat dan solat sunat rawatib adalah suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.

Puasa sunat Isnin, Khamis dan di hari2 yang tertentu dalam sunnah Rasulullah S.A.W dititikberatkan dan semua ini dilakukan secara terancang, konsisten dan penuh kesungguhan. Begitu juga dengan solat sunat rawatib iaitu sebelum dan selepas solat fardu. Ia adalah satu amalan yang perlu dilakukan tanpa lalai dan alpa. Menariknya, mereka mempunyai sistem untuk menyemak, menilai dan mensistemkan semua ini...


Kewujudan Briged Ezzedine Al Qassam menggentarkan tentera Israel.

Thursday, December 20, 2012

KELEBIHAN BEKERJA DENGAN IKHLAS


Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja. Tambahan pula, bekerja itu satu ibadah... oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

Kelebihan Bekerja Dengan Ikhlas

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran

Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, 'talian hayatnya' bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif

Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya... tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai 'self promotion' [ganjaran pangkat dan gaji] malah dia juga giat dalam kerja2 yang memberi nilai 'self improvement' [peningkatan nilai murni dalam diri]. Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja2 sukarela dan khidmat masyarakat.

3.Terhalang Daripada Melakukan Penyelewengan

Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh 'punch card', CCTV, dan peraturan2 yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang dan lain2 perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja

Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah 'kepala' kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut2 berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan

Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan 'khadam ummah' bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan Pendirian.

Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak2 untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata2nya adalah dari hati bukan 'ambil hati'... dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat 'lempar batu, sembunyi tangan'...

Wednesday, December 19, 2012

Majlis Hi-Tea Bersama Erra Fazira

... 16 Disember 2012 di Restoren Puteri.






Engku Aleesya turut sama hadir menemani ibunya...









Jelas terlihat kemeriahan Majlis Hi-Bea bersama Erra Fazira. Tahniah kepada semua yg hadir...

Tuesday, December 18, 2012

Macam2 AIRYL... [Part 2]


Rambut 'tinting' Airyl yg kini tinggal kenangan! Hehehe...
Rimas Mommy n Abah nengok rambut kerinting bdk Airyl ni. So, kami pn pegi la kedai gunting rambut... n gunting pendek. Pas pada tu rambut Airyl tumbuh baru... walau sepanjang mana sekalipn dh tkde kerinting lagi dh...


'Roboto' ni Abah beli untuk Airyl kt Mudah.Com... sejak Airyl dlm peyut Mommy lg! Hehehe...


... kt Pusat Sains Negara! Punya leka Airyl main 'ball'...


Anak2 zaman sekarang ni mmg celik IT la sangat...

AWAS! BAHAYA Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala!


Anak2 yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu2 jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan, 'Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun.'

Jumlah anak2 yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang2 yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, orang2 buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak2nya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba2Nya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba2Nya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam...

Thursday, December 13, 2012

10 Keunikan BBplusCollagen


1. Dos Yang Efektif
Hanya 1 paket [5g] setiap hari.

2. Kandungan Peptida Kolagen Yang Kaya dan Tersedia
Proses hidrolisis menghasilkan peptida [3k saiz Dalton] yang sedia diserap.

3. Selamat
Risiko terhadap pencemaran merkuri dan radiasi adalah sangat rendah. Bebas daripada bahan beracun.

4. Perlindungan Antioksida Tambahan
Jus blackcurrant mengandungi Anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas.

5. Anti Alahan dan Anti Radang
Ekstrak biji anggur dengan OPC [oligomeric proanthocyanidins] mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit.

6. Kofaktor Tambahan
Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen.

7. Meningkatkan Kualiti Kulit
Serat epal dan inulin [serat diet] menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

8. Manfaat Tambahan
Peptida kolagen ikan adalah sumber kolagen jenis 2 yang membantu mengurangkan kesakitan akibat osteoarthritis.

9. Rasa Enak
Rasa enak campuran 100% jus blackcurrant dan jus roselle, tiada bau ikan.

10. Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah, sesuai untuk para diabetes.

Wednesday, December 12, 2012

Merlin Seasons 5 - The Hollow Queen


Queen Guinevere Pendragon continues to be under Morgana’s control. Arthur opens his door to King Sarrum of Amata, a ruthless king known to have killed men, women and children during his reign. A mysterious boy Daegal appears in Camelot to seek Merlin’s help to save his sister. He told Merlin that he was a druid and showed a tattoo to convince him.

Merlin eventually agrees to help the boy and left Camelot secretly. Later it is revealed that Daegal is in league with Camelot’s worst enemy Morgana. Morgana was able to get the upper hand, poisoned Merlin and left him to die.


Back in Camelot Arthur spars with one of King Sarrum’s men Albin. Albin got the upper hand during the sparring and had Arthur in his mercy. But Sarrum did not have the intention of killing Arthur then. Sarrum admitted that they had Morgana captured and put her and her Dragon in a well. But eventually Morgana escaped.


Gwen talks to Sarrum about assassinating the Arthur and in return she will surrender a portion of Camelot’s lands. Sarrum thought of a better way of gaining control and ordered Albin to kill Arthur and then Gwen after.


During all of this Daegal was guilt driven and decided to save Merlin. Later it was revealed that he was not a druid at all but her mother was like Merlin and possessed Magic. He help Merlin reached Camelot and found Albin about to shoot an arrow to Arthur. Using Magic, Merlin was able to distract Albin but the later retaliated and start throwing knives.

Merlin was able to evade the knives and magically threw a spear to Albin and causing an arrow to hit Sarrum instead. Merlin then realized that Daegal was not unscathed and was dying from a knife wound. He died eventually and was given a proper burial as Arthur has commanded.

Wednesday, December 5, 2012

Pokok ONG?!


Nama saintifiknya Zamioculcas Zamiifolia...

Orang Cina cakap, ini 'Pokok Ong'. Elok kalau ada tanam kat rumah! Menurut kepercayaan mereka pokok ni boleh memberi rezeki yg banyak jika daunnya lebih hijau dan berkilat!

... tapi kita sebagai org Islam jangan la percaya sangat... KHURAFAT nnti! Hehehe...

Masa aku mengandungkn Airyl dlu, ntah knp aku memang mngidam sangat nk bela pokok ni! Asal balik keja tiap ari mesti aku belek pokok ni. HB plk rajin tolong siramkn! Smpi la Airyl lahir... n membesar!

Anyway, lama kelamaan pokok ni mati... maybe sbb ia pn semakin membesar sedangkan pasunya kecil... tk berganti! Mana tknya... umur Airyl pn dh 2 tahun skrg! Sedih sangat! Aku ingat nk beli lagi 'Pokok Ong' ni. Nnti la...

Sbnrnya 'Pokok Ong' ni tk bole disiram selalu! Ia bukan spesis yg perlu banyak air sbb dlm batangnya dh ada banyak air! Klu disiram selalu nnti ia akan mati! Siram seminggu sekali je dh memadai!

Artis Malaysia ke GAZA!


Artis Malaysia ke GAZA.
- AFDLIN SHAUKI telah berangkat ke GAZA pada 3 DISEMBER 2012. Semoga Afdlin dan mereka yang mengikuti misi ke GAZA selamat pergi dan pulang. Aminnn...


STATUS AFDLIN DI FB:

'Kepada semua yang mengenali saya Afdlin Shauki bin Aksan, terutama sekali saudara mara dan sahabat handai, saya ingin meminta maaf jika selama kita berkenalan anda rasa saya telah dan pernah menyalahi anda, melakukan sesuatu yang membuat anda terasa.
Sememangnya itu bukanlah niat saya dan seperti anda saya hanya manusia biasa yg ada banyak kelemahan dan kerap membuat kesilapan. Ampunkanlah.
Halalkan termakan dan terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya. Assalammualaikum. I will be back Insyaa Allah...'

Jambu MAWAR


Siapa kenal atau pnah makan buah JAMBU MAWAR?!

Aku pasti ramai anak2 muda skrg yg tk mngenali Jambu Mawar ni kerana kesukaran utk menemuinya...

Baru2 ni ketika aku pulang ke kampung halaman di Ijok, Kuala Selangor dan meninjau2 sekeliling rumah Mak... ternampak la pokok Jambu Mawar ni. Pokok Jambu Mawar adalah antara kategori spesis pokok yg semakin pupus! Hehehe...


Anyway, Jambu Mawar ni berbuah sepanjang masa... tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala2 bunga jambu bol tapi berbunga di hujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga di dahannya.

Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi n aromanya mmg sungguh enak...

Jambu BOL


Jambu Bol atau Eugenia Malaccensis sejenis buah yang dahulunya banyak ditanam di halaman rumah atau di kebun2 kecil. Pokok buah ini besar dan daunnya juga lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter.

  

Pokok ini dikatakan boleh berbunga dan berbuah beberapa kali setahun. Bunganya yang bewarna merah jambu ini memang menarik sekali jika dilihat.

Pokok Jambu Bol boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter.

Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira2 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Ada yang menggelarkannya jambu susu. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.

Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah. Ada juga orang yang menjadikan buah ini sebagai jus minuman. Daunnya juga dikatakan boleh dibuat ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap apabila dimakan.


Selain buahnnya dimakan secara terus atau segar, daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah. Sejauh mana ia masih diamalkan atau keberkesanannya aku sendiri pun tidak tahu..

Tuesday, December 4, 2012

7 KEBAIKAN SELEPAS MENANGIS


Siapa kata menangis tak berguna?! Setiap yang dicipta oleh tuhan ada kelebihannya! Jadi mari kita tengok apa kelebihan menangis!

7 Kebaikan Yang Boleh Anda Dapat Setelah Menangis.

1. Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang. Jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90 - 95% bakteria2 yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat2 yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun... tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres?! Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit2 yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan Hubungan Silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman2nya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Antara Filem2 Aaron Aziz 2013


Untuk perkembangan terbaru Aaron Aziz... filem2 yg bakal ditayangkan utk tahun 2013 adalah:

■ DAMPAK: Lakonan Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Alyahya, Juliana Evans, Intan Ladyana...

■ KL GANGSTER 2: Lakonan Aaron Aziz, Samsul Yusof , Adi Putra, Zizan Razak...

■ LARI: Lakonan Aaron Aziz, Dira, Erin Malek, Hazama...

■ KERAT 14 [Official Fan Page]: Lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham, Ali Arami...

■ Telemovie ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH: Lakonan Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Amar Baharin...

LAGENDA CINTA HANTU M A E N A K


Mae Nak merupakan lagenda kisah benar cinta hantu yang bernama Mae Nak dan Mak yang sangat romantik di mana cinta sang isteri yang sangat mendalam terhadap suaminya sehinggakan sampai ke akhir hayatnya... dia [Mae Nak] tidak dapat melupakan suaminya.

Mak merupakan seorang askar. Dia telah pergi berperang selama beberapa tahun dan meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung pada masa itu. Apabila dia kembali ke rumah, dia mendapati rumahnya terlalu usang dan kelihatan sepi...

... namun Mak masih melihat isterinya dan seorang bayi tinggal di rumah itu. Mak menjalani kehidupan seperti biasa bersama isteri dan anaknya walaupun orang2 di kawasan itu memberitahunya bahawa isterinya telah lama mati. Mak tidak percaya dengan tanggapan orang kampung terhadap keluarganya sehinggalah satu hari dia sendiri menyedari dan mendapati bahawa isterinya adalah hantu...


Bongkoj Khongmalai pelakon Mae Nak...

Merlin Seasons 5 - A Lesson In Vengeance


In A Lesson In Vengeance Morgana has managed to gain power over a top member of the Camelot inner circle and plans to use this power to murder Arthur.

Merlin, thanks to stable hand Tyr Seward, realises something is amiss but will he be able to get to the bottom of the plot in time...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...