Friday, December 21, 2012

Analisis: 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged Ezzedine Al Qassam


Briged Ezzedine Al Qassam. Mereka juga mendapat jolokan Tentera Malaikat.

Nama mereka kian gah dan menjadi sebut di mana2 terutama bagi mereka2 yang peka dengan isu permasalahan Palestin. Briged ini merupakan sayap ketenteraan bagi HAMAS yang menjadi gerakan utama di Palestin yang memperjuangkan membebaskan Al Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.

Kepimpinan HAMAS dan Al Qassam sangat2 menitik beratkan kualiti dan latihan bagi setiap ahli briged kerana mereka merupakan tulang belakang dan nadi kepada perjuangan Palestin yang suci ini.

Kerana itu, jika dilihat kepada syarat minima untuk menyertai Pasukan Tentera Al Qassam ini seolah2 ia sangat mustahil untuk dipenuhi namun, dengan izin Allah S.W.T para pemuda Palestin sentiasa berusaha agar mereka terpilih untuk memikul amanah perjuangan ini.

Beberapa syarat minima sertai pasukan ini:

[1] Konsisten Solat Subuh Secara Berjemaah Selama 6 Bulan Tanpa Tertinggal

- Solat Subuh antara solat fardu yang tersukar untuk dilaksanakan kerana ujian, dugaan dan cabarannya sungguh banyak! Bagi pemuda2 yang biasa dan konsisten dengan solat fardu Subuh, ia memberikan satu petanda bahawa jiwanya kuat dan mampu melawan hawa nafsunya sendiri.

Sungguh unik, syarat ini. Kayu ukur yang tiada dalam mana2 syarat ketenteraan di dunia hatta di Malaysia. Ianya hanya ada di Palestin!

[2] Menghafal 30 Juzuk Al Quran dan Hadis Nabi

- Rata2 pemuda2 Palestin adalah ahli Al Quran. Mereka menghafal keseluruhan Al Quran dan menjadikan diri mereka sebagai Al Quran yang bergerak dan berjalan. Adalah menjadi suatu keaiban di Palestin terutamanya di Gaza bagi sebuah keluarga, jika tidak mempunyai ahli keluarga yang menghafal 30 juzuk Al Quran.

Sudah menjadi kebiasaan di sana, kem cuti sekolah adalah fokus kepada menghafal Al Quran. Saban tahun, beribu2 penghafal Al Quran berjaya dilahirkan. Inilah semangat yang harus kita contohi.

Disamping itu, kebanyakan mereka juga menghafal hadis Rasulullah S.A.W. Ia sebagai panduan kehidupan dan jalan2 pencerahan menuju ke Syurga. Gandingan Al Quran dan Hadis melekat kuat dihati mereka, dan inilah yang menjadikan syarat utama yang melayakan mereka untuk menjadi pejuang deen Allah S.W.T.


[3] Solat 5 Waktu Secara Berjemaah

- Syarat ini sebenarnya adalah satu syarat yang sangat2 sukar untuk dilakukan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam harus dilakukan secara berjemaah. Tidak boleh sendirian.

Ia perlu konsisten dan istiqamah!

Ke mana sahaja mereka pergi, di waktu mana dan dengan sesiapa sahaja mereka berada... ketika masuknya waktu solat fardu, mereka kena pastikan mereka solat di awal waktu dan ia perlu disempurnakan secara berjemaah. Tiada pilihan... hanya dengan berjemaah!

Di medan tempur, di saat pengawal atau di kedai... solat fardu adalah keutamaan dan berjemaah itu adalah satu imej yang biasa pada tentera Al Qassam.

[4] Lazimi Puasa Sunat Isnin dan Khamis serta Solat Sunat Rawatib

- Selain itu, sebagai bekalan kerohanian dan kejiwaan, mereka dimestikan membiasakan diri dengan amalan2 sunat. Puasa sunat dan solat sunat rawatib adalah suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.

Puasa sunat Isnin, Khamis dan di hari2 yang tertentu dalam sunnah Rasulullah S.A.W dititikberatkan dan semua ini dilakukan secara terancang, konsisten dan penuh kesungguhan. Begitu juga dengan solat sunat rawatib iaitu sebelum dan selepas solat fardu. Ia adalah satu amalan yang perlu dilakukan tanpa lalai dan alpa. Menariknya, mereka mempunyai sistem untuk menyemak, menilai dan mensistemkan semua ini...


Kewujudan Briged Ezzedine Al Qassam menggentarkan tentera Israel.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...