Monday, December 18, 2017

BAGAIMANA TIDAK CUKUP TIDUR SEBABKAN KANSER!


Betapa corak tidur manusia punya pengaruh dari DNA..

Maksud mudahnya.. walau jauh hidup kita dari ibu bapa.. walau kita sudah tidak bercakap dengan mereka.. corak tidur mereka pengaruh corak tidur kita.

Dalam Bahasa Inggerisnya, ‘They still dictate when we go to bed and how we sleep!’

Prof Fu berasal dari Taiwan. Ayahnya meninggal seawal usia 8 tahun. Dalam sedih dan remuk hati ibunya buat keputusan mereka akan pulang ke rumah neneknya iaitu ibu kepada ibunya.
Rumah itu sempit. Ramai penghuni. Jadikan suasana untuk belajar terganggu..

Prof Fu seharian di sekolah. Pulang ke rumah sekitar jam 5.00 petang. Dalam kepenatan akan terus makan malam. Jam 6.00 petang sudah masuk tidur.

Sekitar jam 11.00 malam dia dibangunkan oleh ibu. Untuk apa?! Study!
Waktu itu sunyi. Semua sudah tidur. Prof Fu akan study sehingga pagi.
Apabila pagi dia bersiap. Ambil sarapan dan terus ke sekolah. Begitulah rutinnya..

10 tahun dia lakukan rutin ini.
Pada usia 18 tahun dia disahkan hidap Kanser Payudara. Hancur remuk hati.
Berita di sambut dengan linangan air mata.
Niat belajar bersungguh untuk ke Amerika Syarikat mungkin akan berkubur..

Padanya agak pelik untuk terkena kanser payudara. Tiada dalam sejarah keluarga. Samada keluarga ibu atau ayah..

Apa yang Prof Fu lakukan ialah menahan melatonin [hormone tidur] dari keluar pada waktu malam. Hak melatonin dinafikan. 10 tahun melatonin tersisih. Sedekad melatonin merintih.

Banyak kajian tentang kesan kurangnya melatonin dengan kanser. Untuk golongan wanita kesannya ialah Kanser Payudara dan Kanser Ovari. Untuk lelaki ialah Kanser Prostat.

Pesan Prof Fu, ‘Tidur bukan tanda malas. Bukan bermakna lemah. Tidur untuk sihat, kuat dan cerdas!’

‘Get your numbers right!’ katanya lagi.

Berapa nombornya?!
8 jam untuk dewasa, 9 jam untuk remaja dan 10 jam untuk kanak bersekolah.
Berapa nombor anda, anak-anak dan pasangan ye?!

#DrOtak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...