Wednesday, February 8, 2017

21 TAHUN SETIA BERSAMA CIDB


'21 TAHUN SETIA BERSAMA CIDB'.. katanya! Huhuhu.. Alhamdulillah..

Diam tak diam dah 21 tahun Mommy berkhidmat di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia [CIDB] ni.. dari tahun 1996 hingga 2017.. 

Pada mula Mommy bekerja dulu.. ketika itu CIDB HQ beroperasi di PWTC Kuala Lumpur. Ketika itu Mommy berulang alik dari rumah Mak di Ijok, Kuala Selangor dengan menaiki bas Len Seng seawal jam 5.45pagi.. perjalanan yg mengambil masa selama satu jam! Teringat masa tu arwah Abah yang setia setiap hari menghantar Mommy ke bus stop seawal jam 5.30pagi.. siap tunggu sampai Mommy selamat naik bas! Nangesss..

.. but then Mommy menyewa rumah di area AU2 Keramat, Kuala Lumpur. Walaupun still pergi kerja naik bas tapi Mommy happy..

Tak lama selepas itu kami berpindah ke Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Kt sini pun Mommy suka sebab boleh pegi kerja naik LRT since stesen LRT depan ofis je..

Kemudian CIDB berpindah pula ke Terminal 3 Subang Airport. Since ketika itu agak susah nak naik bas Mommy pergi dan balik kerja ‘car pool’ dengan seorang Pengurus Puan @NorainiBahri.. dengan bayaran duit minyak cuma RM60.00 sebulan. Huhuhu..

.. dan tk sampai pun setahun CIDB berpindah pula ke Hotel Grand Seasons. Ketika di Hotel Grand Seasons ni lah Mommy mendapat ‘offer’ dari Pengurus Puan @MarinaPuteh untuk bertukar ke CIDB Selangor pada tahun 2011 yg mana pejabat CIDB Selangor baru dibuka ketika itu..

Selama 21 tahun berkhidmat di CIDB dah 5 tempat Mommy berpindah randah! Huhuhu..
.. dan pada awal Mommy masuk CIDB dulu hanya ada 100 lebih orang staf sahaja.. nombor staf Mommy pun 096. Jangan jealous! Sekarang dah ada 1000 lebih orang staf..

Sepanjang berkhidmat paling lama Mommy di kaunter Unit Kad Hijau.. hampir 8 tahun kat situ.. sebelum Mommy minta ditukarkan dan dapat bertukar ke Bahagian Pentadbiran.. tempat yang Mommy rasa paling seronok sekali. Terlalu banyak kenangan manis bersama ‘Best Friend Forever’ yang merupakan kesemuanya di Bahagian Pentadbiran..

Di CIDB Selangor pula.. pada mulanya Mommy ditugaskan sebagai PA kepada Pengarah, kemudian bertukar ke Unit QUEST, Unit Latihan dan Unit Pendaftaran..

Bila dah lama berkhidmat ni banyak ragam yg kita jumpa dan banyak kali juga bertukar ketua. Semua itu pengalaman dalam kehidupan..

Alhamdulillah sepanjang 21 tahun berkhidmat di CIDB Mommy dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.. kerana sepanjang 21 tahun ni Mommy cuma ambil MC ketika bersalin, ‘chicken pox’ dan sakit mata. Last MC Mommy pun ketika melahirkan bdk Airyl yang busuk tu 7 tahun lepas. Alhamdulillah..

Mommy berharap biarlah kerja Mommy ini menjadi ibadah dan menjadi manfaat kepada semua. Mommy sayangkan kerja Mommy ini.. buat masa dan ketika ini.. I think so!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...