Wednesday, January 18, 2017

DUCKSCARVES LIMITED EDITION RM800 SEHELAI TERJUAL DALAM MASA 5 MINIT



Tak abis lagi natizen bercakap tentang tudung Duckscarves edisi terhad yang dijual dengan harga RM800 sehelai habis dijual dalam masa 5 minit..

Duckscarves ialah tudung berkualiti premium dan harga itu boleh dijustifikasikan kerana tudung edisi terhad bertemakan Bandaraya Kuala Lumpur berwarna ‘Dusty Pink’ tersebut dibuat dari kain yang berkualiti tinggi dengan bertatahkan 200 butir batu kristal Swarovski..

Rata-rata netizen merasakan harga tudung tersebut terlampau mahal namun ada juga yang merasakan ia sangat berpatutan sehingga menimbulkan pendebatan di media sosial.
Kenapa mahal sangat?! Mesti ada sebab kan?! Kita yang rasa mahal tapi ramai je yang berebut beli! RM800 OK lah bagi yang mampu. Orang sanggup je melabur kalau dah minat sangat! Kita kena lah ukur baju di badan sendiri..

Memang apabila dengar RM800 tu rasa nak over react. Lebih baik sedekah buat amal jariah katanya!

Itu belum lagi tengok harga #BAWALEkslusif.. mau pengsan dua kali dibuatnya!
Tudung sehelai RM800 pun boleh SOLD OUT dalam 5 minit.. maknanya mereka sangat expert dalam marketing. Mereka tahu audience mereka dan target client mereka..

So kita?! Buat lah homework untuk kenal siapa potential client kita..

.. dan kita sebagai orang yang mencari rezeki melalui media sosial ini.. daripada kita kecam orang kaya ni for nothing ada baiknya kita 'be friend' dengan mereka supaya kita sama-sama untung..

Apa pun Mommy bangga dengan produk #DUCK.. local brand yang boleh pergi international!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...