Jika ikut kata pepatah, 'Jauh di mata dekat di hati'.. Kalau itu yang
terjadi, tidak ada masalah lah kan?! Namun ada juga yg berkata, 'Bila jauh di mata, makin jauh juga di hati!' Kalau selalu
berjumpa sebulan sekali, sekarang ini bercakap di telefon sekali dalam
sebulan pun payah. Bila diajukan pertanyaan, alasannya sibuk. Hurmmm.. macam dia sorang jer yang bekerja kan?!
Sebenarnya, dekat atau jauh bukan satu faktor untuk mengekalkan hubungan kasih sayang. Ada pasangan yang tinggal sebumbung akhirnya berpisah juga dan seperti rakan2 saya, walaupun telah bertahun terpisah, hubungan tetap kekal malah makin mesra. Pokoknya kemahuan dan kehendak hati sendiri. Tepuk dada tanyalah cinta anda. Jika anda sedar dan berkehendak untuk mempertahankan cinta dan kasih sayang anda kepada si dia, anda boleh melakukannya walau jarak ratusan batu memisahkan anda berdua.. walau hanya sesekali berjumpa.. walau hanya mampu mendengar suara melepas rindu. Yang penting.. kemahuan anda dan si dia!
Renung kembali sejarah perkenalan anda. Kebanyakan kita tidak berkenalan dan berpasangan dengan jiran sebelah rumah, betul kan?! Ada yang berkenalan dengan individu dengan jarak puluhan atau ratusan batu. Masih boleh meneruskan perhubungan hingga masing2 sepakat mengikat kata janji. Jika saat mula anda boleh mewujudkan cinta dengan si dia bererti bila cinta dah ada.. jauh bukan lagi alasan atau sebab untuk menafikan cinta.
Seperti yang saya tegaskan, dekat atau jauh tidak penting.. yang penting
kehendak anda sendiri. Seperti rakan saya, walau suami jauh nun di
utara apa saja yang dilakukannya atau apa juga telatah dan kerenah
anak2nya, suami takkan tak tahu walaupun hanya sekadar keluar bersama
saya ke Tesco atau Giant. Setiap pergerakan dan perbuatan akan dikhabarkannya
kepada suami. Sama juga dengan suaminya.. walau apa aktivitinya di sana
rakan saya akan tahu. Sesibuk mana pun pasti mereka akan mencari masa
walau sekejap untuk berbual dan bertanya khabar. Jelas sekali kata
bidalan, hendak seribu daya.. mahu seribu cara!
Jika anda mahu menghasilkan biskut sudah pasti anda takkan sediakan adunan kek. Sama lah juga jika anda ingin kekalkan rasa cinta dan sayang kepada pasangan anda.. anda akan berusaha mempertahankan kasih sayang anda dan si dia.
Jauh di mata bukan alasan mudah untuk anda memasang mata mencari yang kedua, ketiga atau ‘spare tyre’. Saya teringat satu luahan seorang suami mengenai konsep hubungn jarak jauh ini atau lebih tepat lagi, luahannya menjurus kepada hikmah berpoligami. Kata si lelaki, 'Dah kalau terpaksa berjauhan apalah salahnya jika si isteri memberi izin kepada si suami untuk berkahwin seorang lagi dengan seseorang yang boleh menemani si suami sepanjang masa?!'.. itulah luahannya. Jawapan yang saya kemukakan tika itu ingin saya kongsi bersama dengan anda hari ini.
Kalaulah semudah itu mencari alasan untuk berpoligami, memang hancurlah perkahwinan. Bayangkanlah.. sekali terpaksa berpisah kawin lain untuk mempunyai teman.. terpisah lagi kawin lagi.. terpisah lagi kawin lagi! Kalau ditakdirkan dalam 5 tahun mempunyai lebih dari empat lokasi kerja, berapa ramai isteri anda dah ada?! Perkahwinan bukan sekadar nak adakan teman di depan mata.. banyak perkara yang lebih utama perlu difikirkan. Paling penting, kenapa berpandangan hanya suami yang perlukan teman sepanjang masa?! Isteri?! Hakikatnya isteri yang lebih memerlukan teman kerana isteri secara asasnya adalah untuk dilindungi.
Dalam era ‘air dalam besi dan api dalam kaca’ sekarang ini.. jauh ribuan batu bukan satu alasan untuk anda beralih kasih apatah lagi bersikap curang. Terlalu banyak kemudahan yang ada yang boleh anda gunakan untuk mengukuhkan ikatan cinta dan kasih sayang. Jauh dirindu.. dekat di sayang. Malahan secara logiknya, pertemuan sesekali itu adalah lebih baik dan mengeratkan kasih sayang seperti kata pepatah Arab: Zur ghibban tazdad hubban.. Paling penting kehendak anda!

TIPS MENJAGA PERHUBUNGAN JARAK JAUH
■ Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari2! YA! Setiap hari
anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia,
jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon
pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘Good Night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir2 setiap malam untuk
siapa yang akan hubungi siapa dulu.
■ Gunakan Facebook, YM Messenger, WhatsApp, WeChat atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh
berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di
pejabat. Selain ianya percuma, anda boleh kekalkan keintiman anda
dan pasangan.
■ Hujung minggu pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling
minimum jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi
kos.. anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.
■ Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku
curang. Ingat! Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda
buat perkara yang 'bukan2'.. pastinya pasangan anda akan tahu juga
akhirnya.
■ Kerapkanlah anda berdua saling berSMS. Tak perlulah sampai setiap
jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali
bangun tidur sekali.. waktu petang sekali dan waktu malam sekali.
■ Anda boleh sekali sekala lakukan 'Video Chat' atau 'Video Conferencing'.
Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah 'webcam' yang murah dan
banyak boleh dibeli di kedai2 komputer dan perisian Skype. Yang 'best' ya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara
percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
■ Tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda.
Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada
Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap
pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda.. nescaya pasangan
anda turut akan mempercayai anda jua!
No comments:
Post a Comment