Friday, February 19, 2016

WAJAH BENGKAK.. TOM CRUISE DIDAKWA MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK


Wajah terbaharu Tom Cruise [kiri] dan wajahnya empat tahun lalu

Wajah terbaharu pelakon kacak Tom Cruise menjadi perhatian ketika muncul dalam majlis anugerah British Academy of Film and Television Arts [BAFTA 2016] Isnin lalu.

Memetik laporan Daily Mail, wajah bekas suami Katie Holmes ini berbeza daripada biasa apabila keseluruh wajahnya dilihat membengkak.

Selain itu, kedutan pada wajah lelaki berusia 53 tahun ini juga sudah tidak kelihatan seperti biasa. Perkara itu menjadi perbincangan netizen dan menuduh aktor tersebut melakukan rawatan wajah dan pembedahan plastik.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi pelakon itu terhadap khabar angin berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...