Di sebalik keseronokan datang ke Persidangan Agung UMNO ke-66, sekumpulan ahli Puteri UMNO terpaksa menanggung malu apabila di 'booo' oleh orang ramai ketika berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah di kawasan Bukit Bintang malam tadi.
"Kami berlima pun terkejut apabila tiba-tiba ada sorakan 'booo' daripada orang ramai yang melihat kami melintas di hadapan mereka yang sedang berkumpul di situ.
"Kebetulan kami memakai baju kurung bersama tudung berwarna pink dan ada dua orang memakai baju T yang mempunyai lambang UMNO.
"Takut dan malu disorak begitu, kami cepat-cepat pergi dan pulang ke hotel," kata seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Zalinah.
Jelasnya, dia sendiri hairan kenapa mereka disorak begitu sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.
Seorang lagi ahli Puteri yang dikenali sebagai Sharifah memberitahu, kejadian tersebut disifatkan sangat memalukan dirinya dan rakan-rakan yang lain.
"Bukan setakat kena 'booo' malah kami dihujani dengan pelbagai kata-kata yang kurang sopan yang ditujukan kepada kepimpinan parti.

"Nak jawab balik kami takut, jadi kami buat-buat tak dengar dan terus berlalu meninggalkan mereka," katanya.
Katanya sepanjang berjalan pulang ke hotel yang kebetulan di kawasan itu juga, banyak mata yang memandang mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Kalau dulu mungkin kami ada perasaan bangga kerana bergelar Puteri UMNO yang sering menjadi tumpuan tetapi kejadian semalam telah mengubah segalanya.
"Rasanya dah tak boleh nak pakai baju berlambangkan UMNO lagi sekarang ini kerana bimbang akan di'booo' lagi selain dikutuk orang ramai.
"Persoalannya kenapa jadi begini dan apa salah kami?" tanyanya.

Kredit: MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment