Tuesday, September 22, 2015

RESEPI KEK BATIK 'SIMPLE'

Kek Batik sedia untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk. Mohon abaikan 'model' itu! Huhuhu..

BAHAN-BAHAN:
  • 250 gram biskut marie Munchys
  • 200 gram Milo
  • 250 gram Buttercup
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu Nescafe
  • ½ tin susu pekat manis Dairy Champ
  • ½ cawan susu segar Dutch Lady

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
  • Cairkan Buttercup di dalam kuali atas api yang kecil.
  • Setelah cair masukkan susu pekat, susu segar dan Milo sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan serbuk koko dan Nescafe. Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul.
  • Masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan.
  • Gaul sehingga mendidih sedikit dan padamkan api.
  • Tuang ke dalam loyang dan mampatkan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Setelah keras dan sejuk bolehlah dipotong dan dimakan.

Sumber: Google..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...