Monday, July 6, 2015

BALIK RAYA MANA.. dan PERTAMA KALI BERAYA TANPA ABAH!

  

Bagi yang sudah berumahtangga, soalan yg biasa didengar menjelangnya hari raya ialah, 'Balik Raya mana tahun ni?' Bagi yang suami isteri kampungnya seorang di Utara seorang di Selatan mesti susah juga kan?! Sistem bergilir2 balik kampung mana untuk beraya kenalah dipraktikkan!

As for me Alhamdulillah aku di Ijok, Kuala Selangor n HB plk di Seri Manjung, Perak.. kira 'satu' jalan, so tkde la masalah sangat! Sebelum beraya di kg HB pasti beraya di kampung aku dulu. Huhuhu..

Namun jangan ada perasaan, 'Ini bukan kampung aku!' bila kita beraya di rumah mertua. Kalau ada perasaan macam tu memang kita akan rasa tak seronok. Dua2 pun keluarga kita juga kn?!

Bagi aku keseronokkan beraya dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua memang ada sedikit perbezaan!

Anyway HB dh tkde Mak n Abah. Cuma ada seorang kakak yg ada 2 org anak yg menetap di Pekan, Pahang n sorang adik lelaki yg baru saja berkahwin. So klu balik Perak kami akan berkumpul di rumah 'Tuk' di Sitiawan. Pastu yg seronoknya kami akan 'Jalan2 Cari Pasal' ke Teluk Batik, Lumut, Marina Island, Pulau Pangkor n sekitarnya..

Muhammad Airyl Zakwan bersama sepupunya Nur Aleesya Zahra..
Satu family je yg tkde tapi tetap nmpak kemeriahannya. Huhuhu..

.. tapi bila balik beraya di kampung aku suasananya lebih meriah. Adik beradik aku seramai 7 orang n 6 orang yg dh berkahwin.. dgn anak n anak2 buah yg seramai 16 orang mmg kecoh satu rumah!

Makanan pun banyak.. penuh n tak muat dua meja! Masing2 nk menu ikut tekak masing2.. dengan rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, ayam masak merah, daging masak kicap, kuah lodeh, ketupat, lemang, kuah kacang n etc. So terpaksalah makan kat lantai dengan bentang tikar je!

Bila malam plk nk tido boleh berebut2 'tempat' kadang2 tu.. sebab tak cukup bilik tidur! Maklum bilik tidur cuma 5.. so ramai yang tidur kat ruang dapur n ruang tamu je! Aku awal2 mmg dh 'booking' tempat depan TV kt ruang dapur sbb senang nk bancuh susu Airyl klu dia terjaga tengah2 malam! HB je yg tidur dlm bilik sorang2! Huhuhu..

Nak masuk bilik air pun kena tunggu giliran! Bilik air ada 3.. tapi semua nk mandi kt bilik air yg 'satu' tu je sebab bilik air tu ada 'shower' n 'water heater'. Huhuhu.. Bilik air yg satu lagi tu plk air 'kolah'nya sejuk! Aku je yg suka mandi kt bilik air 'dalam' rumah. Malas nk keluar rumah kekdahnya! Hahaha..

Anyway tahun ni 1st kami sekeluarga beraya tanpa ayahanda tersayang.. Abah telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 2015 yang lalu akibat Kanser Darah.. Multiple Myeloma.

Memori di pagi Syawal tahun 2014.. Abah minta HB ambilkn beberapa gambar bersama cucu2 perempuannya.. n itu lah gambar2 Abah yg terakhir..
Raya terakhir kami ke rumah Ibu Saudara Abah. Kini kedua2nya telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah..

Dah jadi rutin harian setiap tahun di pagi Syawal kami beramai2 akan menziarahi rumah sanak saudara.. mungkin keadaan akan berbeza pada tahun ini. Yang pasti kami akan menziarahi pusara Abah terlebih dahulu..

Takpe lah.. Allah lebih sayangkan Abah. Walaupun Abah dah tkde lagi di dunia ni tapi Abah sentiasa ada di dalam hati ini.

                  

Ya Allah! Ampuni dosa Abah, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Aminnn..

Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...