Thursday, July 17, 2014

RESEPI PUDING ROTI BAKAR


BAHAN-BAHAN
  • 6 keping roti
  • 2 cawan susu segar Marigold HL atau susu sejat Marigold
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Kismis atau prune secukupnya 

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KASTAD
  • 400ml susu segar Marigold HL atau susu sejat Marigold
  • 2 sudu besar kastad
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI
  • Carik-carikkan 6 keping roti ke dalam bekas
  • Cairkan mentega dan tuang mentega itu ke atas roti yang telah dicarikkan
  • Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula ke dalam bekas yang lain
  • Pukul sehingga gula hancur. Boleh masukkan esen vanilla jika ada
  • Tabur kismis jika ada ke dlm loyang dan seterusnya tuang bahan-bahan yang dipukul
  • Bakar pada suhu 175 celsius sehingga emas kekuningan [lebih kurang 35 minit]

CARA-CARA MEMBUAT SOS KASTAD
  • Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang dan esen vanilla
  • Kacau sehingga tepung sebati [tidak berketul] dan gula hancur
  • Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa
  • Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...