Friday, July 18, 2014

KEMASKINI PESAWAT MH17 YANG DIPERCAYAI DITEMBAK JATUH DI UKRAINE..

 

Sebuah pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax. Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.

Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan 'insiden' berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. - siakapkeli.com 

07 : 03am - CNN melaporkan Sistem radar mengesan Perluru Berpandu ke udara menuju kearah pesawat tersebut sebelum pesawat itu terhempas.

06 : 30am - BACA: Kenyataan Rasmi Perdana Menteri DS Najib Berkenaan MH17

03 : 30am - BACA: Punca MH17 Ditembak

02 : 44am - BACA: Kotak Hitam Telah Dijumpai - Interfax

02 : 41am - Presiden Rusia ucap Takziah

 
02 : 35am - Penerbangan MH17 tidak mempunyai sebarang gangguan  - Krew MAS, dipetik dari myMetro.

02 : 35am - US akan membantu siasatan - Obama.

02 : 33am - Keluarga pramugari terlibat, Nur Shazana Mohd Salleh berkata mereka mendapat berita dari CNN.

02 : 01am - Gambar Misil yang dipercayai menembak MH17, buatan Rusia. MH17 telah ditembak menggunakan 'surface-to-air' missile dengan menggunakan BUK missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.


 

 02 : 00am - US sedang menyiasat samada misil yang ditembak adalah buatan Rusia.

01 : 43a.m - Presiden Ukrain, Petro Poroshenko percaya nahas terjadi angkara 'serangan pengganas.'

01 : 42a.m - Lagi gambar di tapak kejadian - NBC News, BBC, Life News..


 
 
 
 
 
 

01 : 35a.m - Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine - Reuters.

01 : 26a.m - MAS akan mengadakan sidang media pada jam 4.00 pagi di KLIA.

01 : 20a.m - Sepuluh [10] penerbangan Malaysia Airlines, 5 pelepasan dan 5 ketibaan di KLIA dibatalkan.

01 : 11a.m - BACA: PM Terkejut dan Kerah Siasatan Segera

12 : 30a.m - Kesemua anak penumpang maut - Awani.

12 : 30a.m - Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama.- RIA.

12 : 25a.m - Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan - Reuters.

12 : 20a.m - Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan - Reuters.

12 : 15a.m - Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST.

12 : 07a.m - Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter.

12 : 04a.m - Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP.

11 : 57p.m - 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters.

11 : 50p.m - Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters.

11 : 47p.m - MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat.

11 : 45p.m - AP melaporkan kapal terbang ditembak misil pada ketinggian 33,000 kaki.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...