Pernahkah kita terfikir berapa lama jangka hayat botol susu yang kita pakai
untuk anak2 kita?! Atau mungkin kita fikir botol susu tersebut boleh dipakai sampai bila-bila?! Tahukah betapa BAHAYA nya botol susu yang telah dipakai LEBIH DARI 3 BULAN!
Tambahan lagi sekiranya terdapat calar di bahagian dalam botol. Kesan calar ini akan mengeluarkan toksid dan membahyakan anak kita.
Kalau yang BPA Free tu pun boleh tahan 6 bulan je.. apatah lagi yang lain-lain tu.
BISFENOL A [BISPHENOL A] - BPA
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A [BPA] bahayanya terhadap keluarga
anda [bayi terutamanya] dan cara mengelakkan atau mengurangkan
pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A [BPA] adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat [polycarbonate] dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

KESAN TERHADAP KESIHATAN
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke
dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A [BPA]
yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai
estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem
peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan
negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan [ibu hamil jaga pemakanan anda] dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Janin dalam kandungan [ibu hamil jaga pemakanan anda] dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh
awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan
kencing manis. Malah ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri
jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan
lebih banyak. Antaranya kepanasan [api dan matahari], calar dan
pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia [termasuk sabun pencuci].
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisfenol A [BPA] sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam [air kosong].

TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk
yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan
mengamalkan langkah-langkah berikut:
☛ Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
☛ Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
☛ Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat [elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin].
☛ Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
☛ Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA:
☛ Gunakan botol susu daripada KACA atau STAINLESS STEEL [tahan lama dan xperlu risau tentang BPA]. atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA [tapi perlu tukar dlm masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan]. Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
☛ Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
☛ Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
☛ Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol anak anda.
No comments:
Post a Comment