1. MELAYU PERLU BELAJAR DARI BAWAH.
Bangsa Melayu
perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar
ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam
bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. Contohnya
jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan
restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan
sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka
perniagaan.
2. MODAL EFEKTIF.
Melayu yang mahu
berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu
membuka bisnes bernilai RM100,000.00 perlu ada wang tunai RM300,000.00..
RM100,000.00 untuk bisnes dan bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi
pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai
RM100,000.00 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.00.
3. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Melayu perlu
berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam
promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan
tidak akan datang.
4. BERSABAR DALAM TEMPOH LAMA.
Melayu perlu
belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir
berkata, "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung."
Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata!
5. MENGENALI JENIS PERNIAGAAN.
Melayu perlu
mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa
jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6. RAJIN MENINJAU BISNES.
Melayu perlu
rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,
pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat
akan menyebabkan kegagalan.
7. MANFAATKAN TEKNOLOGI.
Melayu perlu
manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan
sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya
dalam pasaran.
8. SENTIASA TAMBAHKAN ASET.
Melayu perlu
sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan
sebagainya kerna harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL
dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000.00 satu kaki.
9. BELAJAR DENGAN BANGSA LAIN.
Melayu perlu
belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia, Cina berjaya dalam bisnes,
Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan
membantu kita berjaya seperti mereka.
10. IKHLAS DALAM PERNIAGAAN.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11. MENOLAK MITOS.
Ramai Melayu
menganggap Cina berjaya kerana menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya,
Cina berjaya kerana usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu
tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir, "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!"
12. MENGAMALKAN PERIBADI MULIA.
Usahawan Melayu
perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah,
tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika
mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat
sementara dan tidak kekal.
13. MENJAUHKAN SIFAT KEJI.
Melayu perlu
menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak
amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes
orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan
Melayu gagal dalam bisnes.
14. JANGAN TERLALU BERGANTUNG DENGAN TENDER KERAJAAN.
Melayu tidak
boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah
usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh
berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15. MEMPUNYAI 'NETWORKING'.
Melayu perlu mempunyai 'networking' agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan oleh bangsa Cina dan mereka berjaya.
16. MEMBAYAR HUTANG DENGAN BAIK.
Melayu perlu
membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.
Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang
dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak
membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun
menyusahkan pihak lain.
No comments:
Post a Comment