Assalamualaikum..
Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran
seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11:00 malam, sahabat lama
saya [Fadli] datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang
adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang
mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak.. tapi bila mengenangkan si
Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah
susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya.
Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri
menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari
kediaman kami. Sekitar jam 4:00 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin
kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas
bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan
kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku /
pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah!”
Entah kenapa malam
tu saya terniat MH370. Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz
kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis
kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis
pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model
kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang
kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu
bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk
didiami. Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang
MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat
duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew
penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan
ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya
lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah
diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka
ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat
Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada
dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal
secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut. Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik
tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng
pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun
menjunam kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara
di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn
back to your country. We control everything, we knew what you done
inside!”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya
seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan
lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba saya lihat pesawat yang
satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke
air sehala laluan MH370.
Kemudian ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang
amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan
disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya
berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian
ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang
membelah awan. Saya masih di situ memerhati kejadian yang tak pernah
saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang saya lihat dua
serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang
ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam
MH370. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya
tersedar dari tidur. Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat
berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup. Sama-samalah
kita berdoa akan keselamatan mereka. Amin..
No comments:
Post a Comment