Mungkin ramai umat Islam dunia khususnya di Malaysia yang tidak menyedari tentang kedatangan 'Four
Blood Moons' atau satu 'Fenomena 4 Kali Bulan Berwarna Merah Darah' yang
bakal berlaku dalam tahun 2014 ini dan tahun 2015 akan datang nanti..
Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan
dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari ditengah-tengah
peristiwa ini nanti. 'Blood Moon' yang pertama hanya tinggal sekitar lagi
13-14 hari dari tarikh penulisan ini iaitu dijangka akan berlaku pada
14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara
dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi [perlu
rujukkan ahli falak]. Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA [The National Aeronautics and Space Administration of United
States] akan dapat dilihat diseluruh kawasan barat bumi termasuk di
Jazirah Arab..
Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya
bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku
satu gerhana matahari di tengah-tengahnya. Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak pelik sedikit kerana akan
berlaku gerhana matahari ditengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga
kali.. dan setiap kali berlakunya fenomena ini ianya disusuli dengan
peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian.
- 2hb April 1493 - 1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka [sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah] pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi MENCARI PENEMPATAN BARU [New World Establishment] untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.
- 15hb Mei 1948 - 1949 – Pembentukkan negara haram Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakkan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat.
- 5hb Jun 1967 - 1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel laknatullah sehingga ke hari ini.
Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500
tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan
kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat
merugikan kita umat Islam di seluruh dunia. Akan tetapi harus kita
ketahui juga, bukan semua peristiwa 'Four Blood Moons' yang memihak kepada
bukan Islam.
Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb October 1187, Salahuddin Al-Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al-Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ [mengikut sumber rujukkan sejarah falak]. Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam [jika berlaku peperangan].
Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb October 1187, Salahuddin Al-Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al-Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ [mengikut sumber rujukkan sejarah falak]. Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam [jika berlaku peperangan].
Fenomena ‘Four Blood Moons’ berlaku banyak kali di
dalam sejarah. Tiada yang istimewa tentangnya.. tetapi golongan Yahudi akan
menganggap peristiwa fenomena ‘Four Blood Moons’ itu sebagai satu alamat, apabila hari
berlakunya gerhana tersebut jatuh pada hari-hari istimewa di dalam calendar lunar
Yahudi.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemikiran dan gerak
kerja orang-orang Yahudi, mereka tahu bahawa tahun 2014 ke 2015,
merupakan kali ke lapan berturut-turut berlakunya peristiwa 'Tetrad Bulan
Berdarah' semenjak zaman Nabi Isa A.S diutus.
'Tetrad Bulan Berdarah [Blood Moon Tetrad]' pula membawa
maksud berlakunya peristiwa bulan berdarah sebanyak 4 kali berturut-turut tanpa
diselangi peristiwa gerhana bulan separuh.
'Tetrad Bulan Berdarah' sudah berlaku berkali-kali di dalam
sejarah teetapi Tetrad yang jatuh pada hari-hari perayaan istimewa Yahudi
hanya pernah berlaku tujuh kali di dalam sejarah semenjak tahun Masihi yang
pertama.
- Pada Tedrad 1493 - 1494, Ratu Isabella dan Raja Ferdinand menghalau bangsa Yahudi keluar dari Andalusia dan semua jajahan meraka. Peristiwa Spanish Inquisition menjadi sebahagian daripada sejarah yang memaparkan kekejaman manusia ke atas sekumpulan manusia lain. Bukan setakat bangsa Yahudi dihalau keluar tetapi orang-orang Islam pun turut dibunuh, disembelih dan dihalau keluar pada ketka itu.
- Pada Tedrad 1949 - 1950, berlakunya peristiwa penubuhan negara binatang Israel. Benar, mereka menakluki Israel pada 1948 tetapi kerajaan rasmi mereka didirikan pada 25 Januari 1949. Mereka mentafsirkan peristiwa itu sebagai peristiwa yang malang kerana mereka disrang dari segenap arah oleh tentera-tentera Arab dan negara-negara Arab di sekeliling mereka. Itu tafsiran mereka. Kita pula melihat tahun itu bermulanya tahun pertama Tahun an Nakbah. Saudara-saudara seagama kita dihalau, dibunuh, dirobek dan dihapuskan secara terancang oleh rejim binatang ini pada ketika tersebut.
- Pada
Tetrad 1967 – 1968,
berlakunya peperangan 6 hari. Mereka menggelarkannya sebagai Peperangan 6
Hari. Ia berlaku 6 tahun sebelum peperangan Yom Kippur. Kegagalan
orang-orang Arab untuk bersatu dalam satu tekad menyerang Israel,
pengkhianatan
Raja Jordan dan bantuan segera pohon Gharqad Yahudi iaitu Amerika
Syarikat,
menyebabkan orang-orang Islam kehilangan lebih banyak wilayah di dalam
peperangan tersebut. Bukit Golan sehingga kini masih dikawal Yahudi.
Persoalannya, apa pula yang akan berlaku dan sedang dirancangkan mereka berlaku pada 'Tedrad Bulan Berdarah' 2014 - 2015?
'Tedrad Bulan Berdarah' untuk 2014 hingga 2015 dijadualkan jatuh pada tarikh-tarikh betikut:
- Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot
pada tarikh 8 Oktober 2014.
- Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover
pada tarikh 4 April 2015.
- Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot
pada tarikh 28 September 2015.
Untuk pengetahuan, perayaan Passover ialah salah satu
perayaan Yahudi yang disambut bagi mengenang peristiwa di mana malaikat
dihantar oleh Tuhan untuk membunuh setiap anak sulung keluarga musuh
orang-orang Yahudi dikalangan bangsa Qibti keturunan Firaun di zaman Musa A.S.
Perayaan Sukkot pula disambut dengan orang-orang Yahudi,
dianjurkan untuk menziarahi Saumaah mereka di Jerusalem. Ia bagi mengenang
penderitaan selama 40 tahun tersesat di gurun selepas terselamat dari
perhambaan Firaun di zaman Musa A.S.
Orang-orang Yahudi menganggap Tetrad 2014 – 2015 ini sebagai
satu Tetrad yang perlu diberi perhatian. Ini kerana, ia merupakan Tetrad ke
lapan yang berlaku di dalam sejarah sejak daripada kemunculan Nabi Isa A.S.
2014 tahun yang lalu. Angka lapan sentiasa merupakan angka yang istimewa bagi
golongan Yahudi. Ia menggambarkan satu permulaan baru. Tuhan, mereka percaya
menciptakan Alam selama 6 hari. Tuhan berehat pada hari ketujuh mengikut
kepercayaan mereka dan kebangkitan baru bermula pada hari ke lapan.
Yahudi
membahagikan hari kepada set 7 hari seperti lain-lain bangsa.. tetapi hari
pertama Yahudi bermula pada hari Ahad. Bermula Ahad sehingga Jumaat, mereka
perlu bekerja keras. Datang hari ke tujuh iaitu Sabtu, mereka perlu berehat
bagi menghormati 'Sabbat'. Hari ke lapan ialah hari pertama iaitu Ahad kembali.
Jesus, di dalam kepercayaan mereka bangkit semula dari kubur setelah di bunuh
di Bukit Tengkorak, pada hari Ahad. Jadi hari Ahad ialah hari kebangkitan.
Ada di antara golongan Yahudi sedang sibuk menyebarkan kepada dunia bahawa kedatangan Isa A.S. sudah dekat dengan kedatangan 'Tetrad Bulan Berdarah' ke lapan ini. Lalu, Baitulmaqdis kini berada di dalam radar pencerobohan mereka..
Ada di antara golongan Yahudi sedang sibuk menyebarkan kepada dunia bahawa kedatangan Isa A.S. sudah dekat dengan kedatangan 'Tetrad Bulan Berdarah' ke lapan ini. Lalu, Baitulmaqdis kini berada di dalam radar pencerobohan mereka..
Semua musuh-musuh Israel sedang disibukkan. Russia dengan
isu Crimea.. Syria sedang bergolak.. Iraq sudah runtuh sama sekali.. Afghanistan
sudah menjadi 'Padang Jarak Padang Terkukur'.. Libya tidak tentu arah.. Mesir dengan pergolakan dalaman yang teruk.. China
dengan masalah MH370 dan kemarahan rakyatnya yang memuncak kerana hubungannya
dengan Malaysia.. Malaysia pun di dalam keadaan yang sama seperti China!
Jadi tinggallah Palestin dan Iran sunyi dari sebarang bantuan yang boleh dihulurkan kepada mereka sekiranya Israel memulakan tindakan agresif ke atas mereka. Entah apa yang akan berlaku, Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Sumber: http://blog.farulazri.com dan http://satuhala.blogspot.com
Jadi tinggallah Palestin dan Iran sunyi dari sebarang bantuan yang boleh dihulurkan kepada mereka sekiranya Israel memulakan tindakan agresif ke atas mereka. Entah apa yang akan berlaku, Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Sumber: http://blog.farulazri.com dan http://satuhala.blogspot.com
No comments:
Post a Comment