ABC News melaporkan pasukan pencari hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya kerana mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.
Laporan itu menyebut, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.
Menurut ABC News lagi, lebih mudah pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri.
Jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.
Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.
Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz [kHz] dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.
Setelah beacon memberikan isyarat "ping" isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.
Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.
Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.
Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut dipetik The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment