Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah,
Jerteh meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang
dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan
perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya
sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu
Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8.00 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada
10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah
petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia. Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal
dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah
terbabit dalam kemalangan jalan raya. Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad
Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas
Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk
rawatan.
No comments:
Post a Comment