Orang yang berperut buncit
mempunyai kemungkinan tiga kali ganda untuk hilang ingatan dan nyanyuk
apabila tua, menurut kajian. Saintis mendapati, orang yang ada banyak lemak pada perut mempunyai
kadar protein lebih rendah, yang turut menentukan sejauh mana hati dapat
memproses lemak.
Unsur dipanggil PPARalpha mengawal pemprosesan lemak dalam hati, selain berada dalam pusat ingatan otak - hippocampus - serta mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar.
Apabila seseorang itu mempunyai berat berlebihan, mereka mula kehilangan PPARalpha di bahagian hati dan seterusnya di seluruh anggota tubuh termasuk otak.
Dalam satu kerjasama dengan Institut Kesihatan Kebangsaan, saintis saraf di Universiti Medical Centre, di sini percaya penemuan mereka akan membawa kepada ubat membantu mempertingkat keupayaan belayar dan daya ingatan golongan nyanyuk.
Dr Kalipada Pahan dari pusat perubatan Universiti Rush berkata, "Kita
perlu untuk memahami lebih mendalam bagaimana lemak mempengaruhi daya
ingatan dan keupayaan belajar untuk membangunkan cara melindungi ingatan
dan keupayaan belajar."
No comments:
Post a Comment