Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke 12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.
Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan aneka pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini. Banyak keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi kuno menceritakan para kesatria gagah berani berpesta di sini, sebelum pergi ke medan perang dan mati.
Istana ini menjadi rumah bagi keluarga Kerajaan Scotland. Ratu Margaret menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada tahun 1093. Kemudian Ratu Scotland Mary Queen, ibu dari Raja James VI meninggal tahun 1566. Istana ini menjadi pengkalan tentera tahun 1600an.
Tahun 2001, beberapa pasukan paranormal pernah mengadakan penelitian
tentang keberadaan hantu-hantu di dalam istana. Anehnya, mereka
melaporkan kejadian yang sama persis dengan cerita masa lalu. Mereka
mendapati banyak tokoh penampakan hantu.
Sejak tahun 1996, semua tempat di mana raja-raja bertakhta selama
beberapa abad lamanya kini dipamerkan. Di sana pelancong boleh melihat
semua rahsia dan benda-benda Kerajaan Scotland yang masih mempunyai
nilai seni tinggi.
Ketika memasuki dalam bilik, terlihat ruang yang sedikit pencahayaan.
Istana ini terbahagi menjadi 12 bangunan yang pelbagai fungsi seperti
muzium, bilik tarian dan beberapa bangunan yang lain. Namun siapa
sangka, bangunan yang menyeramkan ini ternyata menjadi ikon destinasi
pelancongan di Scotland dan menjadi tapak warisan budaya UNESCO.
Jika datang ke sana, perbezaan musim menentukan
waktu buka Istana Edinburgh. Jika pada musim panas istana ini buka pada
pukul 09.30am - 18.00pm waktu setempat. Sedangkan ketika musim salji dibuka
pada dari pukul 09.30am -17.00pm waktu setempat. Anda perlu membayar harga
tiket dewasa sebanyak 16 Euro dan harga tiket kanak-kanak 9,60 Euro .
No comments:
Post a Comment