Ini kisah yang saya dapat dari WhatsApp.Group..
Masuk-masuk ofis, termenung sekejap.. muhasabah diri sebentar.
Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur di atas nikmat Mu. Alhamdulillah! Kalau kita terasa susah.. ada lagi yang lebih susah dan mereka tak pernah merungut kerana mereka tahu rungutan mereka tidak akan ke mana. Allahhurabbi..
Tiap pagi sebelum sampai ofis saya akan berhenti untuk membeli nasi lemak
di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap Pakcik tu
kononnya.. dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30 pagi. Setiap kali
berhenti membeli.. setiap kali itulah juga anak kecil bernama Ashraf
berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap
berpakaian sekolah.
Setiap kali kami membeli di waktu yang sama, saya akan
bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya, apalah sangat harga RM1.50
untuk dikongsi bersama adik comel ni dan dalam kesayuan suaranya dia tak
putus2 mengucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah
berikan untuk saya bersedekah. Pernah saya bertanya kepadanya, 'bersekolah di
mana'.. 'awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah'.. 'di mana tinggal' dan
sebagainya..
Katanya, dia bersekolah agak jauh.. 25-30 minit berjalan kaki.. sebab tu kena keluar awal. [terkenang anak-anak saudara di rumah yang sebaya dengan Ashraf.. semuanya serba tersedia walaupun tidaklah semewah mana tapi lebih beruntung dari adik ini. Kesian adik ni!]
Katanya, dia bersekolah agak jauh.. 25-30 minit berjalan kaki.. sebab tu kena keluar awal. [terkenang anak-anak saudara di rumah yang sebaya dengan Ashraf.. semuanya serba tersedia walaupun tidaklah semewah mana tapi lebih beruntung dari adik ini. Kesian adik ni!]
Setelah hampir 3 minggu berulang alik dari umah ayahbonda di Kajang [masih dalam mood raya kononnya].. maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak Pakcik dan tak berjumpa dengan Ashraf. Hinggalah pagi ni saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak Pakcik.. tapi saya pelik kenapa Ashraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai Pakcik macam selalu. Saya belikan sebungkus nasi lemak dan saya berhentikan kereta saya di sebelah Ashraf.
Jiha: Ashraf, Akak tunggu Ashraf tadi. Kenapa tak beli nasi lemak?! Dah
boring nasi lemak Pakcik?! [cuba bergurau]. Nah, Akak belikan satu!
Ashraf: Eh, Kak Jiha. Lama tak nampak?! Terima kasih banyak2 Kak Jiha.
Ashraf ingat Kak Jiha dah pindah. Bukan dah boring tapi.. [muka sayu].
Jiha: Eh! Kenapa macam sedih je tiba-tiba ni?! Jom Akak hantar pergi skolah nak?! [setelah 2-3 kali saya bertnya.. barulah adik ini bersuara].
Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli nasi lemak. Sebelum ni Mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang. Boleh lah Ashraf beli nasi lemak tapi minggu lepas Mak terpaksa potong duit belanja sebab Ayah sakit. Malam tadi Mak potong lagi sebab Mak kata minyak naik. Mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada 80 sen je Kak Jiha. Takpe lah! Ashraf beli karipap je kat sekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang Kak Jiha. Mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti Mak marah! [sayu dan jujur anak kecil ni bercerita. Ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya]..
Puasku pujuk untuk menghantarnya ke sekolah.. akhirnya dia beralah. Ya! Memang jauh sekolahnya.. PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6:00 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak.
Ya Allah!
.. dan isu minyak bukan kita sahaja yang terkena
kesan dari kenaikan harga yang HANYA 20 SEN tu.. tapi juga anak-anak kecik yang
tak tahu apa2 ini. Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang. Orang
senang merasakan 20 SEN tu hanyalah di celah gigi sahaja tapi bagi orang-orang yang tak berkemampuan kerana 20 SEN.. mereka tak mampu lagi untuk membeli
barang-barang asas dan makanan seperti biasa. Dari nasi lemak sebungkus terpaksa
bertukar kepada sekeping karipap satu hari..
No comments:
Post a Comment