Friday, June 7, 2013

Penangan Bedak Arab Kokuryu dan Bukit Melawati


Penangan pakai Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake - Roshelle.
Smpikn monyet pn berkenan dok sebelah n nk amik gambar sekali. Hehehe...


Tkde la! Cuti ujung minggu yg lalu aku n HB telah balik ke kampung di Kuala Selangor n berkesempatan melawat ke Bukit Malawati...




Bukit Melawati ini terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati agak strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor, menghadap Selat Melaka dan Pulau Sumatera, Indonesia. Bukit ini telah dinaiktaraf sejak kebelakangan ini menjadikan ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong tempatan dan luar negara. 
Bukit bersejarah ini pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat. Untuk ke puncak Bukit Melawati, pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri dari hari Isnin hingga Jumaat. Manakala hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, pengunjung perlu menaiki trem berdekatan masjid lama Kuala Selangor dengan harga RM2.00 [dewasa] dan RM1.00 [kanak-kanak].
Antara tempat-tempat menarik dan tapak sejarah yang anda boleh lawati termasuklah:
Bahagian atas Bukit Melawati:
● Rumah Api
● Kubu Lama
● Replika Meriam Lama
● Menara Tinjau
● Makam Sultan dan Kerabat diRaja Selangor
● Batu Pancong
● Perigi
● Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Kaki bukit dan sekitar Bukit Melawati:
● Bandar Kuala Selangor
● Masjid Kuala Selangor
● Taman Alam Kuala Selangor
● Pangkalan Nelayan Permatang
● Jeti Istirahat Kuala Selangor

Apa yang istimewa apabila anda berada di Bukit Melawati ini ialah panoramanya yang sejauh mata memandang di mana kelihatan terbentang luas perairan Selat Melaka. Dapat juga dilihat panorama bandar-bandar berdekatan seperti Tanjung Karang dan Sekinchan. Kelihatan juga taburan ladang kelapa sawit yang begitu luas dan kehijauan hutan paya bakau yang menjadi habitat hidupan liar seperti lotong, ketam, ular, memerang dan kelip-kelip. 
Hutan bakau ini juga adalah sebahagian daripada kira-kira 198 hektar Taman Semula Jadi Kuala Selangor tempat berkumpulnya lebih 160 spesies burung. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman member makan kepada puluhan ekor monyet Silver-Leafed dan Macaques yang berada di sekitar Bukit Melawati. Menurut salah seorang penduduk tempatan yang bekerja sebagai penjaja makanan monyet  ini berkata, monyet ini berasal dari hutan paya bakau berdekatan. Mereka akan naik ke puncak Bukit Melawati pada siang hari kerana telah menjadi rutin harian mereka untuk mendapatkan makanan seperti kacang, panjang, pisang atau roti daripada para pengunjung yang datang.

FAKTA SEJARAH:

Mengikut sejarah, Bukit Melawati dulunya kubu pertahanan Kesultanan Selangor untuk memantau pergerakan kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor. Kota itu ditakluki Belanda pada 1784 selepas menewaskan Portugis dan memusnahkan kota lama dengan membina istana Eropah, Fort Altingberg sempena nama komander mereka, Gabenor Alting. Namun, kota itu musnah selepas tercetusnya Perang Saudara Selangor [1867-1873] dalam perebutan bijih timah. Seni bina Kubu Melawati wujud sejak era pemerintahan Sultan Ibrahim.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...