Tuesday, June 11, 2013

LEGOLAND MALAYSIA


Sampai jugak akhirnya kami di Legoland...

Terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia... dengan keluasan 76 ekar, sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira2 30 juta keping lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia [Legoland Malaysia Theme Park].
Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat. Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia.

Oleh sebab Legoland ni masih baru, pokok2 yang ditanam pun tak besar lagi, so keadaan memang sangat panas! So sila la bawak payung... pakaikan anak topi dan baju nipis2 je... n kalau perlu pakai la sunblock. Hehehe...

Taman ini dibahagikan kepada 7 bahagian dgn tema yg berlainan. Antaranya:
§ Miniland
§ The Beginning
§ Imagination
§ Lego Technic
§ Lego Kingdom
§ Land of Adventure
§ Lego City

Dalam banyak2 tempat kat Legoland ni, aku paling teruja tengok miniature bangunan2 kat Miniland ni! Sangat cantik! Kagum dengan orang yang menyusun lego sampai boleh jadi macam tu.





Banyak lagi miniature aku tak sempat snap... ada suasana di Bali, Singapore, Cambodia... n etc. Best sangat kat Miniland ni... anak2 pun teruja sebab siap ada 'sound effects' lagi!






Sesapa yg tk pnh naik Menara Tamingsari kt Melaka tu bole la naik Observation Tower ni... lebih kurang macam Menara Tamingsari juga...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...