Monday, April 1, 2013

DAZRIN dan HAIRUL JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA


Dengan jarak hanya 2.26 meter dari sasaran berbanding 10.9 meter oleh peserta lawan, pasukan Dazrin dan Hairul Azreen telah diumumkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Mereka telah menewaskan pasukan Hefny dan Hafizul dalam aksi kedua pusingan akhir Fear Factor Selebriti Malaysia. Mereka telah menerima RM200 ribu dan diraikan dalam satu sesi tontonan yang diadakan di Publika, Solaris Dutamas disaksikan oleh penonton dan peminat yang hadir menonton Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia.

Dalam episod kemuncak ini, 4 pasukan telah mara untuk melakukan aksi yang pertama. Namun dalam pusingan ini, 2 pasukan dengan masa paling panjang telah tersingkir dan mereka tidak dapat melakukan aksi kedua. Pasukan yang tersingkir adalah pasukan Dafi dan Zoey serta pasukan Ajak dan Elfira. Mereka semua tidak pulang dengan tangan kosong, masing-masing pernah memenangi hadihah mingguan sekurang-kurangnya sekali, malah Dafi dan Zoey memenangi 3 kali dengan membawa pulang RM30 ribu.

Dalam aksi kedua, pasukan kedua terpantas dalam aksi pertama iaitu Hefny dan Hafizul memulakan aksi mereka. Sementara itu, pasukan kedua iaitu Dazrin dan Hairul tidak dibenarkan menonton aksi pasukan pertama. Kelebihan yang mereka dapat hanyalah giliran kedua kerana mendapat masa terpantas dalam aksi pertama.

Dengan wang kemenangan yang diterima, Hairul Azreen akan membawa ibu bapanya ke Mekah seperti yang telah diimpikannya selama ini manakala Dazrin akan meneruskan niat murninya setiap tahun dengan sedikit bonus dengan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim setiap kali tiba Hari Raya.

Tahniah kepada pasukan Dazrin dan Hairul kerana memenangi Fear Factor Selebriti Malaysia. Ternyata ketakutan bukanlah faktor bagi mereka!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...