Wednesday, November 14, 2012

SEJARAH KALENDAR ISLAM - AWAL MUHARRAM


MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam [Hijriah]. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah [Al Baqarah: 91].

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah S.A.W telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah [Shahrullahi].

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah atau Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar R.A minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat arahan Umar R.A yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau [Umar R.A] mahukan satu kalendar atau taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi n kalendar2 lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah S.A.W untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar atau taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah S.A.W dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar atau Taqwim Islam yang rasmi.

CIRI-CIRI TAKWIM atau KALENDAR
  •  Takwim Hijriah
  • Bulan
Firman Allah S.W.T
Maksudnya:
'Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi [hukum] Allah ialah dua belas bulan, [yang telah ditetapkan] dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu [dengan melanggar larangan Nya dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertaqwa!'
Surah Al Taubah - Ayat 36

Bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu bulan Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bilangan hari bagi setiap bulan qamariah mengandungi 29 atau 30 hari bergantung kepada bila berlakunya ijtimak [kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada pada satu garisan] dan kewujudan atau kenampakan hilal [bulan sabit] pada penghujung bulan Qamariah hari ke 29 setiap bulan Hijriah mengikut syarat-syarat tertentu.

HARI

- Hari di dalam perkiraan Takwim Hijriah bermula dari waktu matahari terbenam. Ini berbeza dengan Kalendar Miladiah yang perkiraan harinya bermula pada jam 12.00 tengah malam. Dalam setahun, Takwim Hijriah mempunyai 354.36 hari, beza 10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar Miladiah. Setiap tahun, hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam musim yang berlainan. Ia akan kembali ke musim asal setiap 33 tahun [1 pusingan lengkap].

Tahun baru hijriah iaitu 1 Muharram disambut pada musim berlainan iaitu ia berganjak sebanyak 10 atau 11 hari lebih awal setiap tahun.

Daripada Al-Hassan Al Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah S.W.T telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah S.W.T itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...