If U Were Going To Die Soon and Had Only One Phone Call U Could Make, Who Would U Call and What Would U Say... and Why Are U Waiting?!
Tuesday, November 6, 2012
JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS!
Baginda Rasulullah S.A.W bersabda, 'Janganlah kamu pukul anak2 kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi S.A.W dan empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ibu dan bapanya.
[H.R Abdullah Ibnu Umar r.a]
Baginda Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhannya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ibu dan bapanya.
Bersabda Baginda Rasulullah S.A.W, 'Anak2 sebelum sampai ia baligh maka apa2 yang di perbuatnya daripada kebaikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibubapanya... dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibubapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya.'
[H.R Imam Anas bin Malik r.a]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment