Thursday, October 11, 2012

Pentingnya Sarapan Pagi!


Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang ringan. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.

Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.

Sesetengan individu tidak berminat untuk mengambil sarapan pagi. Mereka beranggapan sarapan pagi tidak penting dan boleh menambahkan berat badan. Sebaliknya mengambil sarapan pagi boleh mengekalkan bentuk tubih badan kita.Selain itu pengambilan sarapan yg baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel2 otak berfungsi pada waktu pagi. Ini mengelakkan tubuh badan menjadi lesu.

Perkara yg DIELAKKAN ketika mengambil sarapan pagi
- Elakkan mengambil makanan atau snek yg kurang berkhasiat dan berkalori tinggi.
- Elakkan menhambil minuman yg terlalu manis tetapi ambillah segelas susu untuk mendapatkan protein di dalam tubuh badan anda.
- Jangan mengambil makanan terlalu berat seperti hidangan makan tengahari.
- Banyakkan minum air kosong untuk memudahkan proses perjalanan darah anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...