Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba2 pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya.. tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya dia meminta izin terlebih dahulu. 'Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?!'
Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar dia menjawab, 'Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!' Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.
Tidak lama selepas itu perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru hara dan akhirnya mereka bercerai.
Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula.. bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia.
Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.. pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya, 'Bolehkan saya memberi makanan kepada pengemis ini?!'
Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.. pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya, 'Bolehkan saya memberi makanan kepada pengemis ini?!'
'Ya! Berilah makanan kepada pengemis itu!'
Selepas memberi pengemis itu makanan si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, 'Mengapa kamu menangis?! Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?!'
Si isteri menggelengkan kepalanya lalu berkata, 'Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukan siapa pengemis yang ada di luar tadi?! Dia adalah bekas suamiku.'
Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut.. tetapi dia bertanya lagi, 'Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?! Saya adalah pengemis yang dihalaunya dulu!'
No comments:
Post a Comment