Tuesday, October 23, 2012

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis [terjemahan] yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud, 'Rasulullah S.A.W datang ke Madinah sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah S.A.W bertanya, 'Hari apakah yang dua hari ini?!' Mereka menjawab, 'Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah.' Kemudian Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya Allah S.W.T telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.'
[Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an Nasai daripada Anas]


Berdasarkan kepada hadis [terjemahan] 'Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.' [Hadis riwayat At Tirmizi]

Berdasarkan sebuah hadis [terjemahan] yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim yang bermaksud, 'Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah [menyembelih korban]. Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.'

Berdasarkan sebuah hadis [terjemahan] Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah AlAnsariy r.a, diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya, 'Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua2nya berkata, 'Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah [Aidilfitri] dan sembahyang Hari Raya Korban [Aidiladha]. Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut, lantas dia menjawab dengan berkata, 'Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al Ansariy r.a bahawa, 'Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah [Aidilfitri], baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa2 pun.

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya [yakni hari raya fitrah dan hari raya korban] dengan ibadah sama ada mengerjakan solat2 sunat, membaca al Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

'Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati2.'
[Riwayat Imam at Thabrani dari ‘Ubadah r.a.]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...