If U Were Going To Die Soon and Had Only One Phone Call U Could Make, Who Would U Call and What Would U Say... and Why Are U Waiting?!
Friday, October 5, 2012
Di Sebalik Nikmatnya KOPI n Kesan KAFEIN
Anda mungkin seorang pengemar kopi yg tegar namun jika anda pernah mengalami masalah telinga berdengung, itu menandakan anda sudah terlebih minum kopi. Dengan hanya 5 cawan kopi sehari, ia boleh membuatkan telinga anda berdengung. Terlebih mengambil kafein juga akan menyebabkan stres manakala kombinasi kafein dan stres mempengaruhi kemungkinan seorang mengalami gejala seperti penyakit kejiwaan atau psikosis.
Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi [NESCAFE]?! Umumnya telah mengetahui tentang KAFEIN.
Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.
Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.
Kafein boleh ditemui dalam biji kopi [Coffea Arabica], daun teh [Theasinensis] dan biji koko [Theobrama Cacao]. Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh2an lain. Antaranya pokok guarana [Paullinia Cupana] yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan.
Kesan Pengambilan KAFEIN
Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.
Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam.
Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari.
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein [2 - 7 cawan kopi] boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut... tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.
Jika kafein diambil lebih dari 750mg [7 cawan kopi] sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur [isomnia]. Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment