If U Were Going To Die Soon and Had Only One Phone Call U Could Make, Who Would U Call and What Would U Say... and Why Are U Waiting?!
Thursday, October 25, 2012
BERHATI2 di JALANRAYA! Ingatlah Orang Tersayang Yg Menanti Kepulangan Anda!
Berhati2 memandu di jalan raya sepanjang musim perayaan ini... elakkan kemalangan dan saman!
Bila tiba saja musim perayaan, antara berita yang sering kita dengari ialah berkenaan tragedi kemalangan jalan raya. Setiap pengguna jalan raya sama ada yang memandu kereta, menunggang motosikal, atau yang menggunakan sistem pengangkutan awam sentiasa terdedah kepada kemalangan jalan raya.
Kalau bernasib baik, mungkin kita hanya mengalami kecederaan ringan, atau hanya kenderaan sahaja yang mengalami kerosakan... tetapi jika tidak bernasib, mangsa kemalangan akan mengalami kecederaan parah yang boleh mengakibatkan kematian!
Apa tindakan kita sebagai pengguna jalan raya dalam usaha mengelakkan berlakunya kemalangan, terutamanya kemalangan maut?!
- Kebiasaannya kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri, di mana sikap cuai dan mementingkan diri sendiri menjadi penyebab utama.
- Keduanya disebabkan oleh keadaan jalan raya, termasuk situasi semasa seperti kesesakan yang berlaku, keadaan cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan kabus tebal.
- Ketiga ialah disebabkan kondisi sesebuah kenderaan itu sendiri, seperti keadaan bunga tayar, sistem brek, tahap kekuatan enjin yang penting sewaktu cuba memotong kenderaan lain, dan ciri2 keselamatan yang dibekalkan pada setiap kenderaan yang sudah tentunya berbeza mengikut model.
Jika kita mengambil pendekatan memandu dengan berhati2 dan berhemah mengikut semua peraturan jalan raya, risiko kemalangan boleh dikurangkan ke tahap minimum. Pemandu yang bijak bukan sekadar memandu dengan cermat, malah peka dengan semua keadaan di atas jalan raya yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.
Kenderaan juga perlu diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar, di samping memastikan semua sistem dan peralatan berfungsi dengan baik. Dengan cara itu, perjalanan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini akan berjalan dengan lancar dan kita akan selamat sampai ke destinasi masing2...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment