Pernah dengar SATE KEBAB tak?!
Jom try makan Sate Kebab kt ASRFAZ BIKERS CAFE!
Sate Kebab didatangkan dengan 3 perasa iaitu Pedas, Beriani dan Black Pepper. Setiap perasa dihasilkan dari daging ayam dan ramuan rempah istimewa yang memberikan rasa yang enak dan lazat.
Sate Kebab boleh disediakan secara bakar, rebus atau goreng dan dihidangkan dengan sos dan mayonis. Ia juga enak dimakan tanpa sos kerana hasil perapan rempah ratusnya mampu membangkitkan selera anda!
Anda boleh menikmati Sate Kebab di mana jua dan bila-bila masa. Sama ada anda sediakan sebagai makan malam di rumah, atau sebagai pilihan makanan semasa berkelah di pantai sehinggalah ke jamuan untuk tetamu di majlis keramaian. Sate Kebab sesuai untuk seisi keluarga.
PERASA PEDAS
- Diadun dari cili serta ramuan lain, sate kebab ini mampu membangkitkan selera anda yang menggemari makanan pedas. Jangan risau, sate ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya tidaklah terlalu pedas.
PERASA BERIANI
- Rasa dan aromanya yang unik dihasilkan dari rempah beriani berkualiti. Bagi peminat nasi beriani, kini anda boleh mencuba pula sate kebab ini yang lazat dan enak juga dimakan begitu sahaja. Siapa kata hanya nasi sahaja boleh buat beriani..kini sate juga ada perasa beriani. Rasailah kelainannya!
PERASA BLACKPEPPER
- Antara sate kebab yang paling digemari pelanggan. Sate kebab ini lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sos cili, mayonis ataupun cicahan lain. Rugi jika anda tidak mencuba perasa black pepper. Pastikan anda dapatkannya!
Lokasi: A-G-08 KOMPLEKS SURIA KINRARA, PERSIARAN TAMAN KINRARA 3, 47100 PUCHONG, SELANGOR.
Waktu Operasi: 1.00PM - 8.00PM setiap hari [kecuali hari ISNIN].
No comments:
Post a Comment