Thursday, September 6, 2012

PBB: Pada Tahun 2020 GAZA Sudah TIDAK Layak Untuk Diduduki


"Sebuah tindakan mesti dilakukan sekarang, untuk menjadikan Gaza tempat layak huni pada tahun 2020 dan itu pun sudah susah sekarang." Penyelaras kemanusiaan PBB, Maxwell Gaylard mengatakan pada hari Isnin lalu.

Menurut laporan itu, kurangnya air minum yang bersih adalah perhatian terbesar dalam kawasan miskin itu.

Gaylard banyak menyeru peningkatan sumbangan antarabangsa untuk daerah pantai, berkata, walaupun usaha terbaik telah dilaksanakan, rakyat Palestin di Gaza masih memerlukan bantuan.

"Mereka berada di bawah sekatan Rejim Israel dan mereka memerlukan bantuan kita baik secara politik dan praktikal di gelanggang." kata pegawai PBB.

Dia juga menyerlahkan pentingnya penamatan sekatan Israel yang ditetapkan di laluan Gaza.

Israel mengenakan sekatan di Jalur Gaza pada Jun 2007 setelah gerakan perjuangan Palestin yang terpilih secara demokratik Hamas mengambil alih pemerintahan wilayah.

Pengepungan mempunyai kesan buruk pada situasi kemanusiaan dan ekonomi di wilayah itu, setelah diubah menjadi penjara terbuka terbesar di dunia.

Para penulis laporan juga membayangkan sebuah pertumbuhan ekonomi yang rendah selama lapan tahun ke depan kerana Tel Aviv melaksanakan sekatan ekonomi.

Sekatan, dikenakan pada pergerakan orang masuk dan keluar dari jalur Gaza serta pada eksport dan import yang telah mengasingkan Gaza dari dunia luar.

"Kebersihan, air, elektrik, sosial dan perkhidmatan bandar serta prasarana yang tidak selaras dengan keperluan pertumbuhan penduduk." kata laporan PBB.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...