Kebiasaannya restoran di bina di dalam bangunan seperti di hotel. Ada juga yang dibina di kawasan tasik dan sebagai.
Di selatan Itali, ada sebuah restoran dinamakan Grotta Palazzese. Tiada apa yang menarik jika nak dibandingkan dengan restoran lain di seluruh dunia. Cuma ia dibina di dalam gua, hanya 74 kaki dari paras laut dan memberikan pemandangan dan pengalaman unik kepada setiap pelanggan yang hadir yang disapa dengan angin pantai malam yang sejuk dan nyaman.
Tempat ini memang sungguh menarik dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Sesuai jika mahu makan bersama pasangan dalam keadaan romantik.
Namun, restoran ini hanya dibuka kepada umum pada Mei hingga Okober setiap tahun...
No comments:
Post a Comment