Monday, September 10, 2012

5 SIFAT PRODUKTIF USAHAWAN FACEBOOK

Facebook bukan sekadar laman sosial. Ia lebih daripada itu.


Dari sudut pandang seorang pemilik bisnes atau usahawan, Facebook adalah satu lagi lubuk galian duit yang mempunyai potensi besar.

Terdapat beberapa peniaga yang hanya menjalankan bisnes mereka di Facebook dan berjaya mencapai keuntungan sehingga 5 angka. Bagaimana untuk usahawan baru mencipta kejayaan yang sama di Facebook?

USAHAWAN FACEBOOK PRODUKTIF

Khas untuk tuan puan yang sudah mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual. Formulanya produktivitinya bermula dengan:

#1. Masa Saya Adalah Emas

Rakan di sekeliling kita menggunakan Facebook sebagai tempat untuk mengumpat, bercerita kosong, jampi serapah orang lain dan melakukan aktiviti yang buang masa dan rosakkan minda.

Jadikan aktiviti kita di Facebook berbeza dengan mereka. Fikirkan setiap masa kita sebaik sahaja login di Facebook adalah emas.

Terapkan disiplin supaya kita tidak menggunakan Facebook untuk berbual kosong.

Kita mahu gunakan Facebook untuk jemput lebih banyak duit ke dalam akaun bank sendiri.

#2. Katakan 'TIDAK' Kenapa Kawan Tidak Berduit

Dalam bahasa mudahnya, golongan ini bukan pelanggan kita.

Mereka tidak akan mempunyai kemahuan untuk membeli produk yang kita jual di Facebook. Dalam situasi ini, kita ketepikan kawan-kawan yang tidak berduit ini. Setiap hari, fokuskan untuk menambah rakan2 Facebook yang berpotensi.

Yakni mereka yang boleh dibantu dan mempunyai kemampuan untuk membayar kita selepas dibantu.

#3. Gaya Fikir Untung Sentiasa

Apabila menaip e-mel dan kata laluan untuk memasuki laman sosial Facebook, kita mempunyai dua pilihan yang jelas:
1.Jadi orang yang rugi.
2.Jadi orang yang untung.

Untuk menjadi orang yang rugi, kita gunakan Facebook sebagai alat untuk bertanyakan khabar kepada para gadis dan jejaka yang sedang online. Manakala pilihan kedua pula adalah memaksimumkan gaya fikir keuntungan setiap kali login ke Facebook.

Gaya fikir ini akan mendorong kita untuk mencari pelanggan, berhubung dengan mereka dan membawa lebih banyak duit ke akaun bank.

#4. Berjaga-jaga Dengan Abang Kawasan Lain

Melibatkan diri dalam grup Facebook tertentu tidak bermakna kita mempunyai kebebasan untuk mempromosikan produk secara membabi buta. Ini adalah kesilapan kritikal yang berlaku dalam komuniti.

Ibarat berada dalam rumah orang lain, kita bertanggungjawab untuk meminta kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Di Facebook, kita boleh mulakan dengan berkongsi maklumat yang bermanfaat berkaitan dengan produk.

Jangan biarkan Abang Kawasan grup Facebook menyampah dengan kita.

Sekali menyampah, selamA2nya dianggap sampah.

#5. Jaga Komuniti Duit Sendiri

Bagi yang menjalankan perniagaan di Facebook secara total, maklumat ini penting.

Wujudkan group Facebook eksklusif yang disertai oleh pelanggan2 kita sahaja. Group ini boleh dijadikan pusat untuk kita berhubung dan mengeratkan diri dengan pelanggan.

Lebih aktif kita di grup sendiri, lebih banyak duit yang berpotensi masuk ke dalam akaun bank.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...