Tuesday, August 28, 2012

Makanan Terbaik Buat LELAKI

Kunci untuk lelaki yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Jadi, untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar lelaki perlulah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan. Paling disyorkan adalah ikan Salmon dan ikan Tuna.

Dalam pemakanan harian juga perlu ada multivitamin dan mineral dimana kedua-dua ini baik untuk fungsi saraf kemudiannya membantu untuk peredaran darah yang lancar.

IKAN
– Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.

SOS TOMATO
– Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan akan memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat [kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing]. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka menjumpai bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 ke 4 kali dalam seminggu, risiko menghidapi kanser prostat adalah 35 peratus lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

TIRAM
- Hanya 2 atau 3 tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, [zinc adalah mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki]. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari selama 45 hingga 50 hari. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma meningkat.

BROKOLI
– Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat melindungi terhadap kanser pundi kencing. Ia mempengaruhi dua hingga tiga kali lebih kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50.000 lelaki dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

PEANUT BUTTER
- Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

TEMBIKAI
- Sehingga usia 55 tahun, lelaki lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

BIJI BUNGA MATAHARI atau KUACI
– Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.

KEKACANG
– Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga [B3] ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.

BUAH OREN
– Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.

DAUN SADERI
– Daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.

BIJI LABU
– Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Biji labu juga kaya dengan Omega-3.

PISANG
– Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B [iboflavin dan potasium] yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.

AVOKADO
– Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.

ASPARAGUS
– Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...