Tuesday, August 28, 2012

KEKEJAMAN Rejim BASYAR!

Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini!


Gambar sebelah KIRI menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada' yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.

Gambar sebelaj KANAN pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.

Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam!


Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam [25/8/2012] sehingga mengorbankan lebih 400 orang.

Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah [tali barut Basyar] dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.

Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak!

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM dan SELAKU SEORANG MANUSIA
- Mendoakan saudara kita di Syria.
- Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
- Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI... dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim."

Kalam Saidina Ali;
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat!"

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah! Telah datang kebenaran [Islam], dan hilang lenyaplah perkara yang salah [kufur dan syirik]; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap!"

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17;
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi!"
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...