Tuesday, August 28, 2012

Blogger HANIS ZALIKHA Pegang Watak Utama GANGSTER CELUP!

Blogger HANIS ZALIKHA Pegang Watak Utama Filem GANGSTER CELUP! Antara Pelakon2 Utama yg lain: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Azad Jazmin, Reen Rahim...
Arahan: AHMAD IDHAM


KUALA LUMPUR: Pelakon baru, Hanis Zalikha menganggap penyertaannya ke dalam industri seni membuatkannya teruja lebih-lebih lagi dipilih menggalas watak utama dalam filem Gangster Celup.

Hanis, 22, berkata, selain melihat sejauh mana dia mampu mengetengahkan bakat lakonan, dia juga dapat menambah kenalan daripada kalangan penggiat filem.

"Ini merupakan kali pertama saya menggalas watak penting dalam filem dan saya begitu teruja menyertai bidang ini."

"Bagi saya, dunia perfileman ternyata satu bidang yang saya berlainan berbanding dengan kerja-kerja profesional lain. Antaranya, saya dapat menambah kenalan daripada orang industri pula." katanya.

Tambah Hanis, pada mulanya, dia enggan terlalu serius di bidang lakonan dan menolak pelbagai jenis tawaran, namun tawaran yang diberikan oleh pengarah Ahmad Idham dalam Gangster Celup membuatkan dia mula terbuka hati untuk berlakon.

Bagaimanapun, Hanis tidak mahu peminat-peminat menerusi blognya iaitu inibelogsaya.blogspot.com menganggap kehadiran dia ke dalam industri hiburan tempatan akan menjadi satu bidang kerja yang serius pada masa akan datang.

"Saya seorang wanita yang suka mencuba pelbagai perkara termasuklah bekerja dalam industri hiburan tempatan."

"Kalau boleh, saya mahu orang mengenali saya sebagai Hanis Zalikha, yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuklah menulis di blog, berlakon, mengacara dan berbagai lagi perkara lain yang akan diterokai nanti." ujarnya.

Selain Hanis, filem Gangster Celup yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta itu turut dibarisi pelakon Syamsul Yusof, Kamal Adli, Azad Jazmin dan Reen Rahim.

Dalam pada itu, Hanis juga bakal muncul di televisyen, mengendalikan sebuah program terbaru, Mad Market yang akan ditayangkan pada September depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...