Tuesday, July 24, 2012

Cara Memakai PREMIUM BEAUTIFUL CORSET




Cara-Cara Memakai Premium Beautiful Corset
Berikut adalah cara-cara atau tips pemakaian korset Premium Beautiful.

Langkah 1: Long Girdle

(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa

Nota:
* Untuk memudahkan si pemakai, buat bukaan kaki besar seperti kekuda dan lenggokkan badan kiri dan kanan sambil pakai. Seperti berjoget2 pula.Hehe. Pada mulanya memang akan terasa ketat sedikit tapi anda akan rasa selesa dan senang pakai selepas beberapa minggu kerana kainnya akan mengembang sedikit mengikut size ideal badan anda.

Langkah 2: Long Bra

(1) Sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra
(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan [masukkan ke dalam cawan bra].
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
(5) Betulkan kedudukan bra

Nota:
* Jika sekiranya tangan anda tidak sampai ke belakang dan tiada siapa yang boleh tolong cangkukkan, anda boleh pakai kain batik atau apa2 kain terlebih dahulu [berkemban] dan cangkuk dari depan dahulu dan barulah pusingkan Premium Beautiful tu ke belakang sebab jikalau tanpa kain alas, PB ni tak boleh dipusingkan sebab ia dah melekat pada badan.

Langkah 3: Waist Nipper

(1) Lekatkan kesemua cangkuk
(2) Betulkan kedudukannya
(3) Tarik tali pelaras
(4) Tahan nafas dan cangkukkan
(5) Pastikan ianya selesa

*Pastikan bahagian tali di belakang selari dengan tulang belakang kita.
Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...