Friday, April 1, 2011

Senyum Itu Sunnah!


Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." [HR Tirmizi dan Abu Dzar].
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."[(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi].
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Senyum Lagi
Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,
“Anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid… rumah ibadah kita bersama.”
Bukankah itu indah?!
Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...