1. Jika seseorang LELAKI mahukan kamu, tiada yg akan dapat menghalangnya daripada mengecap tujuan tersebut... tetapi jika dia sudah tidak mahukan dirimu, tiada apa jua yg mampu membuat dia terus kekal bersamamu.
2. Anda tidak akan boleh mengubah tingkah laku seorang LELAKI.Sesungguhnya perubahan itu datang dari dalam diri seseorang.
3. Seseorang LELAKI akan melayan anda setakat mana yg anda benarkan dia.Klu anda menderita gara2 layanannya sedarlah bahawa semua itu boleh dihentikan.Segala2nya terpulang pada dirimu.
4. Jangan sekali2 membuat LELAKI berasa seolah2 dia lebih penting dan hebat daripada diri anda... biarpun tahap pendidikannya tinggi melangit dan kerjayanya jauh lebih menarik.Ingatlah bahawa dia juga manusia yg ada banyak kesilapan.Jangan menggangap dirinya seorang DEWA.
5. Jangan beritahu segala2nya kepada seorang LELAKI.Dia mungkin akan menggunakan segala yg dia tahu tentang dirimu sebagai suatu senjata di lain waktu kelak.
6. Jika sesebuah perhubungan cinta berakhir gara2 seorang LELAKI yg menyakiti kamu, percayalah bahawa kamu berdua tidak sesuai menjadi KAWAN SAHAJA sesudah itu... kerana seorang kawan tidak akan menyakiti kawannya sendiri.
7. Carilah cara untuk membuat dia sentiasa merindukan dirimu.Andai dia tahu di mana kamu sering berada dan yakin bahawa kamu sanggup menghambakan diri padanya bila2 masa, rasa rindu itu mungkin akan pudar.Selepas pudarnya kerinduan mungkin cinta pula yg akan malap.Jadi biarlah kamu terus saling merindu.Sekurang2nya perasaan tidak sabar untuk bertemu itu akan terus membara!
* Janganlah kamu serahkan seluruh kehidupanmu semata2 untuk seorang LELAKI sebelum kamu temui kebahagiaan sejati...
No comments:
Post a Comment