Saturday, October 13, 2012

Buah GAJUS n CASHEW Nut

Ntah knp tiba2 aku teringat.. masa aku mengandungkan Airyl dulu, aku mengidam nk makan buah Gajus ni. Cari kt Pasar Chow Kit tk jumpa.. sampai ke hutan Rompin sana nun HB cari! HB bawak balik 2 plastik.. tp aku makan segigit dua je! Hehehe..


Mungkin ramai yang tidak tahu buah GAJUS juga dikenali sebagai KETEREH. Sebut Ke.. te [‘e’ teling].. reh. Nama KETEREH ini tidak asing di Kelantan kerana ada pekan bernama Ketereh. Pekan ini terletak di jalan Kuala Krai iaitu kira2 20 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Sebenarnya KETEREH ini merujuk kepada buah yang mempunyai biji di luar iaitu buah gajus atau jambu golok atau jambu monyet ataupun nama saintifiknya 'Anacardium Occidentale' dari famili 'Anarcadiaceae'. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate Limited. Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir.

Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi.

Buahnya yang masak harus di'neutral'kan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.


Anyway rasanya ramai anak2 zaman sekarang yg tk kenal akan buah GAJUS ni. Sebaliknya mereka lebih mengenali n menyukai biji gajus atau 'Cashew Nut'!


.. dan salah satu daripada coklat kegemaranku juga adalah CADBURY DAIRY MILK CASHEW NUT ini...


Si kecil Muhammad Airyl Zakwan.. di samping coklat CADBURY DAIRY MILK pelbagai perisa. Peace Yo! Hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...