Tuesday, September 18, 2012

HAI-O MARKETING

Antara PERISTIWA PENTING
- 2007

Hai-O Maketing Sdn Bhd buat pertama kalinya mencatat rekod jualan sebanyak RM100 juta dalam tahun ini.

Giat dalam usaha penjenamaan Hai-O, termasuk mendirikan papan iklan di beberapa lebuh raya utama, melibatkan diri dalam program Jom Heboh TV3.


Penganugerahan Khas kepada Hai-O Marketing Sdn Bhd di atas "Sumbangan ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera" oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. penghargaan Khas ini disampaikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Anugerah "Best Under A Billion" kepada Hai-O Enterprise Bhd atas pencapaian "200 Syarikat Kecil dan Sederhana Asia yang Cemerlang" oleh Forbes Asia. Anugerah ini disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes. Pencapaian ini diambil kira daripada bidang MLM yang mana Hai-O Marketing memberi sumbangan besar.

Perkenalan tagline "Hai-O My Choice For Life" yang membawa mesej bahawa Hai-O adalah pilihan yang tepat untuk kehidupan yang berjaya juga kesihatan yang terunggul.

- 2008


Penganugerahan khas di atas "Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2008" yang disampaikan oleh Y.B. Dato' Shahrir B Abdul Samad, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kepada Pengarah Urusan Hai-O Marketing, En. Ng Lip Yong.

Berjaya menghantar hampir 800 orang usahawan mengikuti Seminar Seberang Laut ke Korea. Ini mencatat rekod Hai-O yang menghantar rombongan terbesar ke luar Negara. Ia juga telah memecah rekod Korea yang menyambut paling ramai pengunjung Muslim ke negara mereka. Surat penghargaan telah dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization [KTO] dan laporan diliputi oleh media-media tempatan.

Mengadakan insentif ke Paris yang memerlukan kos yang tinggi namun melebihi 600 orang usahawan berjaya melayakkan diri untuk menyertai lawatan sambil belajar ini.

Melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan menderma RM100,000 kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang.

- 2009

Hai-O Marketing Sdn Bhd melebarkan sayap dengan meluaskan pasaran ke Indonesia. Syarikat dengan namanya PT. Hai-O Indonesia ditubuhkan di Jakarta.

Pelaburan melebihi RM2 juta dalam program pengiklanan, termasuk 30 papan iklan di lebuh raya-lebuh raya utama, iklan di TV3 dan TV9, serta program khas Wanita Hari Ini dan Majalah Tiga. Konvensyen CDM diadakan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dengan kehadiran 166 orang usahawan cemerlang Hai-O dan tetamu jemputan, Ketua Penolong Pengarah Unit Jualan Langsung dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mengadakan 3 Diamond Night setahun memandangkan peningkatan bilangan usahawan berpangkat Diamond yang semakin ramai. Setiap majlis makan malam ini telah dipenuhi dengan hampir 5000 ribu usahawan.

Hai-O sekali lagi menunaikan hajat usahawannya, menghantar 426 orang usahawan mengerjakan Umrah di Makkah. TH Travel & Services Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka ke Tanah Suci dan cek sebanyak RM2.43 juta telah diserahkan untuk tujuan ini. Rombongan ini mencatat rekod Hai-O dan TH Travel yang membawa rombongan paling besar mengerjakan Umrah.


Mendapat pengiktirafan melalui Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di bawah kategori Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

- 2010

Empat anugerah 'Best Under A Billion' selama empat tahun berturut-turut dari majalah Forbes Asia kepada Hai-O Enterprise bermula 2007. Hai-O ialah satu-satunya syarikat dari Malaysia yang telah mencipta rekod sebegini. Anugerah ini ialah pemilihan 200 syarikat kecil dan sederhana dari Asia yang berprestasi paling cemerlang. Anugerah disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes.


Menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 dengan pengiktirafan tertinggi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 Disember 2010.

Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengedar! Majlis diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Disember 2010 dan diberi tema 'Positif Progresif, Profesional'.

322 pengedar Hai-O Marketing telah dibawa melawat ke Switzerland sebagai insentif Seminar Seberang Laut pada Oktober 2010.

Mendapat pengiktirafan melalui Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di bawah kategori Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

- 2011


Mandapat anugerah Bintang Syarikat Harapan daripada penerbitan Malaysia 1000 yang bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia [MATRADE] dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia [BERNAMA]

Membawa seramai 600 pengedar ke Hong Kong sebagai insentif Seminar Seberang Laut. Selain itu, insentif lain seperti Perth dan Jakarta juga diikuti oleh pengedar seramai 155 dan 103 orang.

Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 19 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 6,000 pengedar. Seramai 33 orang Crown Diamond Manager [CDM] diiktiraf sebagai usahawan cemerlang. Majlis diadakan di MAEPS Serdang pada November 2011 dan diberi tema 'Strive for A Perfect Vision'.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...