Monday, June 20, 2016

HAPPY FATHERS DAY!



SELAMAT HARI BAPA diucapkan kepada kaum lelaki yang bergelar Abah, Ayah, Papa, Daddy, Bapak, Abi atau apa2 jua panggilan. Tahniah kerana telah menjadi BAPA yang penuh tanggungjawab, tegas, garang, penyayang..
 
Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.. dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki selalu. Aminnn..

Buat arwah Abah..
Terima kasih Abah! Kegigihan dan perjuanganmu demi kebahagiaan keluargamu. Walau terkadang kau harus tersungkur namun kau tetap berusaha berdiri kembali demi anak2 dan isterimu.

Terima kasih Allah kerana telah mengirimkanku seorang Pahlawan yang tidak ada gantinya sampai bila2!

Ya Allah! Ampuni dosa Abah, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatmu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Amin Ya Robbal Alaminnn..
 
Al-Fatihah.

Wednesday, June 15, 2016

MIMALAND TAMAN TEMA JURASSIC PARK PERTAMA DI MALAYSIA

Ramai yang tidak tahu pada era 1980-an, negara kita pernah memiliki sebuah Taman Tema Jurassic Park yg cukup popular dikenali sebagai MIMALAND. Mimaland adalah singkatan dari perkataan 'Malaysia In Miniature Land'.


Mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. [sempadan antara Pahang dan Kuala Lumpur di sekitar Karak]. Logo yg digunakan untuk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.

Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.

 
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model Dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan seperti filem Mekanik [1983]. Selain itu filem Gila-Gila Remaja [1986], filem Tempo 88 [1987], filem Dendang Perantau [1979] dan filem Suara Kekasih [1986] juga pernah membuat penggambarannya di situ.


Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Tarikan ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke taman ini.

Selain itu Mimaland turut mempunyai beberapa bahagian rekreasi lain iaitu sebuah tasik untuk aktiviti sampan dan memancing, kawasan 'Giant Maze' dan kawasan untuk aktiviti merentas rimba.


KISAH TRAGIK

Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga, pada Januari 1993, satu kemalangan yg tidak diingin berlaku di kawasan papan luncur air gergasi yang menyebabkan kematian seorang warga Singapura yg berusia 27 tahun.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup semula kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan. Antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya.

Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Taman yg hebat lagi gah ini dulu Dimiliki oleh Mimaland Berhad, subsidiary Magnum Group of Companies [sekarang dikenali sebagai Magnum Corporation].

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini di lokasi GPS 3.283458, 101.724069..

Van yang digunakan oleh Taman Tema Mimaland pada suatu ketika dahulu..
Bus stop yg dahulunya dipenuhi pengunjung kini hanya tinggal kenangan..
Bumper Car..
Roda basikal air kini tinggal kenangan..
Sampan yg kini juga tinggal kenangan..
 
INFO TAMBAHAN
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Corporation.
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu 'property' mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dengan 4 ekor anjing pemburu.
  • Mengikut temubual dengan penduduk ada yang mendakwa pernah ternampak harimau di situ.
  • Pagar telah didirikan untuk mengelakkan orang awam mencerobohi kawasan mereka kerana tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.

Sumber: www.ohmedia.my

Wednesday, June 1, 2016

"SAYA GELI TENGOK ISTERI.. TAK TERURUS DAN BERBAU BAWANG!"


Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja di rumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

Berikut adalah tulisan suami berkenaan..

"Assalamualaikum..


Nak tanya, isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja.

Saya letih-letih bawa motor, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat. Saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat. Nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang.. seorang 3 tahun, seorang 2 tahun dan seorang 6 bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke?! Bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan 'touching' bagai. Adoi! Apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?!

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah. Tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri. Urus anak pandai pulak kan?! Urus diri sendiri tak boleh?!

Saya sudah tak tahu nak kata apa. Dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu. Tolong la saya! Dah tak tahu nak buat apa! Umur muda lagi.. baru 26 dah macam apa saya tengok. Diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada!"

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.

"Salam tuan tanah..


Saya sendiri lelaki dan mempunyai anak 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke SPA untuk buat rawatan badan dan dirinya. 3 hari je tuan.. tuan cuba bangun pagi membasuh, memasak sarapan, uruskan anak-anak, mengemas.. pergi pasar bawa 3 orang anak yang kecil-kecil tu beli barang-barang segar.. masak special untuk isteri tuan. Masuk tengahari masak untuk tengahari, urus anak lagi berak kencing, menangis, makan, mandi..

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering, kemas rumah lagi yang disepahkan oleh 3 orang anak tuan.. uruskan anak lagi yang tak habis nak makan, nak main, nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner..

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur tapi tak boleh jugak anak menangis nak susu.. anak menangis nak tukar lampin..

OK. Lepas 3 hari tuan komen balik kat sini apa terjadi pada anak-anak, pada makanan, pada keadaan rumah dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sini tangungjawab tuan adalah melindungi isteri, beri keselesaan pada isteri dan anak-anak..

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.. apa yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah meringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah..

Lebihkan perbelanjaan untuk isteri tuan berhias! Kalau kata tuan tidak mampu.. tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak, bekerja, urus rumah tangga.. So bila malam sebelum tido Insya Allah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja!"

Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.

"Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah.. tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5 - 6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak, anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung.

Letak depan TV, anak yang besar lanyak adik.. dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang-kadang tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dengan tenang. Kalau tak, baru nk gosok gigi anak dah melalak macam apa kat luar bilik air. Memang la boleh main HP sebab anak ni bijak. Time kita duduk diam dia pun diam. Elok main sebelah.. tapi bila gerak sikit, dia mula perangai.. tapi kat kepala isteri tu macam-macam kerja nak kena buat!

Lagi satu, dia merungut tu bukan apa.. sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak-anak takde kawan nak dengar cerita dia. Apa salahnya dengar cerita dia.. luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. lama-lama boleh stress!

Lagi satu nak tanya la.. malam-malam anak nak menyusu siapa yg bangun?! Suami ke isteri?! Anak kecik ni kadang-kadang 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang-kadang bergilir bangun. Agak-agak bila masa isteri nak cover tido?! Waktu siang?! Ingat boleh cover ke dengan anak kecik lagi?! Sorang tido sorang lagi jaga.. kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya!

Fikir la encik! Jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la! Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak.. tolong jaga anak tak tau! Isteri penat mengandung 9 bulan.. jaga anak lagi. Budak ni selagi tak umur 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat macam tu.. saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik.. penat!"

Apapun, hargailah isteri anda! Terima kekurangan dan kelebihannya.. jika kekurangan itu boleh diubah.. didiklah dia kerana anda 'Ketua Keluaga' yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...