Wednesday, November 25, 2015

MAJLIS HARIJADI dan JAMUAN PERPISAHAN TADIKA SANG KANCIL

.. berakhirnya sesi persekolahan a.k.a Tadika Sang Kancil Muhammad Airyl Zakwan untuk tahun 2015.

Untuk Jamuan Perpisahan ini aku n HB telah menunaikan impian Airyl untuk menyambut harijadi bersama kawan2 di sekolahnya. Kira 'Belated Birthday' sebab birthday Airyl dh lepas n jatuh pada ari cuti plk tu.

Kami telah menempah cupcake bertemakan kartun kegemaran Airyl iaitu Mickey Mouse.. juga Congo Bar.. n beberapa 'Goodies Bag' untuk kawan2 Airyl..

20 'Goodies Bag' untuk kawan2 Airyl..
Muhammad Airyl Zakwan ni mmg fanatik dgn Mickey.
So aku tempahkan cupcake Mickey ni khas untuk dia! Punya la dia happy!
Congo Bar.. tempah kt officemate je. Huhuhu..
Cikgu Wan Zurina yg sabar melayan karenah Airyl sepanjang sesi persekolahan..
Cenderahati dari sekolah..
Potong kek 'birthday' beramai2..

Next year 2016 plk Inshaaa Allah Airyl akan memasuki  prasekolah di SK Seri Suria plk. So welcome to new school.. 

MAJLIS GRADUASI TADIKA SANG KANCIL

Majlis Graduasi Tadika Sang Kancil anjuran DBKL di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa..


Dedicated to U!
Happy Graduation Day Muhammad Airyl Zakwan bin Asrul Nizam..

  

Alhamdulillah.. umur 5 tahun pun boleh pakai jubah ni. Moga aura tu membawa kepada kejayaan bila meningkat usia nanti. 

.. n semoga Allah permudahkan segala urusan di unia dan di akhirat!



Sambutan Hari Graduasi merupakan sambutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap tadika atau prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah.

Ianya juga bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru..

Thursday, November 12, 2015

KACANG SOYA.. BAIK atau BAHAYA?!


Golongan LELAKI yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol. 

Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai penyakit. Penemuan tersebut berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu [whey] terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot. 

Kajian berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang [randomized, placebo-controlled crossover] yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition [JACN] menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin [SHBG, sex hormone-binding globulin] pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan [resistance exercise]. Saintis membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu.

FENOMENA KEPEREMPUANAN
 
Dalam kajian tersebut hormon 10  lelaki berusia awal 20an diarahkan hanya mengambil suplemen berdasarkan jenis yang dirancang. Subjek kajian dibahagikan tiga kumpulan iaitu mengambil protein dadih susu; mengambil protein soya dan mengambil plasebo maltodextrin.
 

Setiap subjek kajian diarahkan mengambil 20 gram suplemen seperti dirancang untuk dua minggu. Mereka kemudian diarah untuk menjalankan enam set cangkungan berhalangan berat yang melebihi 80 peratus keupayaan daya angkatan mereka. Pada penghujung hari ke 14, penyelidik mengambil profil hormon daripada setiap subjek dan seterusnya menjalankan perbandingan. 

Mereka mendapati setiap subjek kajian yang mengambil protein kacang soya mengalami penurunan paras testosteron dan pada masa sama mengalami peningkatan paras kortisol. Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan kortisol mendedahkan diri mereka kepada peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko untuk mengalami pelbagai penyakit. 

Fenomena ‘keperempuanan’ [feminization phenomenon] memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada sama paras kortisol tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengalami sifat fizikal orang perempuan iaitu pertumbuhan puting payu daya, pembesaran payu dara dan hot flashes. 

Pada masa sama mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif. 

Penemuan utama saintis tersebut ialah pengambilan suplemen protein kacang soya selama 14 hari menyebabkan paras testosteron darah berkurangan. Protein dadih susu pula mempengaruhi pengeluaran kortisol selepas seseorang menjalani senaman berhalangan dengan cara menghalang peningkatannya. 

Dengan kata lain, protein kacang soya bukanlah bahan sesuai diambil oleh mereka yang melakukan latihan jenis berat bagi mengembalikan dan membesarkan otot. Protein kacang soya dikatakan memiliki kekurangan dari segi profil asid amino untuk membina otot. 

Ini jelas menyebabkan seorang lelaki mengalami kekurangan kemaskulinan seperti kehilangan sifat dan imej kelelakian. Penulis pernah diberitahu seseorang mengenai kanak-kanak yang sering mengambil produk berasaskan kacang soya secara berpanjangan boleh menyebabkan mereka menjadi ‘lembut’. Maksud lembut di sini ialah kelakuan dan tindak-tanduk kanak-kanak itu lebih keperempuanan. Penulis hanya tersenyum dan menganggapnya hanya gurauan.

Namun pada masa sama penulis tahu kacang soya kaya dengan bahan kimia yang dikenali sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen ialah bahan kimia yang boleh melekap pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Struktur kimia xenoestrogen tidak serupa dengan struktur kimia estrogen. Selain kacang soya, bahan diperbuat daripada pelbagai jenis plastik dikatakan bertindak sebagai xenoestrogen.


Pada zaman moden ini boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada bahan plastik terutama dalam bentuk bungkusan makanan. Air berasid dan panas, contohnya air teh limau panas dan mi sup panas yang dibungkus dengan plastik dikatakan menyebabkan bahan kimia plastik larut ke dalam air dan makanan.


Gelas yang digunakan di kebanyakan restoran juga turut menggunakan bahan plastik. Ia juga tidak ketinggalan digunakan di sesetengah rumah terutama jika penghuninya tidak ambil berat mengenai keterlarutan bahan plastik oleh air panas dan larutan berasid.


BERSIFAT KARSINOGEN 

Bagaimana dengan melamin yang pernah heboh digunakan sebagai bahan tambahan dalam susu tepung keluaran kilang di China suatu ketika dahulu?

Melamin ialah sejenis polimer yang biasa digunakan boleh dikatakan oleh sebahagian besar restoran di negara kita.


Tomyam dihidang dalam mangkuk melamin. Nasi menggunakan pinggan melamin. Begitu juga mangkuk atau piring. Sesungguhnya melamin juga tergolong dalam kategori xenoestrogen. Air panas dan larutan berasid akan melarutkannya.


Sesungguhnya pelbagai jenis plastik yang biasa digunakan untuk membungkus makanan boleh larut dalam air akibat suhu air atau makanan yang panas. Xenoestrogen daripada bahan plastik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit jantung, pertumbuhan otak terganggu, pembentukan organ seksual terganggu/bertukar dan pelbagai jenis kanser.

Sesetengah plastik seperti HDPE [polyethylene ketumpatan tinggi], LDPE [polyethylene ketumpatan rendah] dan polypropylene dikatakan lebih stabil berbanding plastik lain. 

Plastik tertentu dikatakan menyumbang risiko yang lebih tinggi berbanding plastik lain contohnya PVC [polyvinyl chloride], polystyrene dan polycarbonate dikenalpasti sebagai agen pengganggu hormon dan bersifat karsinogen. Polstysrene dikaitkan juga dengan kerosakan saraf dan masalah reproduktif. 

Pendedahan kepada xenoestrogen seperti pengambilan kacang soya secara berlebihan dan menggunakan bekas plastik yang diisi makanan atau air panas secara berpanjangan tetap mendedahkan diri seseorang kepada risiko untuk mengalami beberapa masalah kesihatan seperti disebutkan. Sesungguhnya xenoestrogen bertindak pada kedua-dua golongan lelaki dan wanita!

MANFAAT dan RISIKO KESIHATAN SOYA: MENGAPA KEPUTUSAN TELAH DIBUAT

"Soya sangat banyak dipasarkan sebagai makanan sihat." kata Kaayla Daniel, Ph.D. pakar pemakanan dan pengarang buku The Dark Side of Soya, ".. tetapi pada hakikatnya kita mempunyai beratus-ratus kajian yang mengaitkan pengambilan soya dengan kekurangan zat makanan, ADHD, sistem imun, masalah kesihatan pembiakan, gangguan pencernaan, beberapa jenis kanser dan banyak lagi." Kata Daniel ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa soya yang diubahsuai secara bukan genetik dan soya organik juga dikaitkan dengan keadaan kesihatan tersebut. 

Israel dan Jerman telah mengeluarkan amaran terhadap pengambilan makanan soya untuk kanak-kanak dan bayi. New Zealand juga memberi amaran bahawa formula soya untuk bayi hanya boleh digunakan sebagai pilihan terakhir. Setakat ini ketiga-tiga negara tersebut adalah satu-satunya yang mengambil tindakan tegas terhadap pengambilan soya.

Namun begitu beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan soya secara sederhana, terutamanya tempe, miso dan sumber soya lain yang paras isoflavon agak rendah boleh memberi manfaat walaupun kebanyakan kajian pro-soya tersebut telah dibiayai oleh kumpulan-kumpulan pelobi soya seperti Lembaga Soya.

Berikut adalah tinjaun ke atas beberapa keadaan yang soya boleh memberi kesan:

FUNGSI TIROID.

Hipotiroidisme sering dinamakan risiko terbesar pengambilan soya: Kajian bersejarah di Universiti Perubatan Aichi, Jepun mendapati hanya 30 gram kacang soya sehari selama 30 hari menyebabkan isu tiroid pada lelaki dan wanita dewasa yang sihat. “Soya adalah salah satu daripada banyak faktor yang membuat tiroid berisiko,” kata Daniel, “dan kita tahu daripada banyak kajian bahawa hanya satu gelas susu soya setiap hari adalah mencukupi untuk menyebabkan masalah tiroid.”

ALAHAN.

FDA melaporkan bahawa soya adalah salah satu daripada lapan alergen di dalam bekalan makanan, yang menjadi punca gatal, keradangan, gatal-gatal kulit, dan juga anafilaksis berbahaya. Disebabkan kebimbangan dan peningkatan kadar alahan soya, FDA mula mensyaratkan pengeluar makanan supaya mencetak "Mengandungi: Soya" pada label sebarang makanan yang mengandungi mana-mana jenis soya. "Oleh kerana soya terdapat dalam hampir kesemua makanan diproses, mereka yang mempunyai alahan soya benar-benar perlu untuk menyediakan makanan dari mula – satu rahmat dalam penyamaran untuk kesihatan secara keseluruhan." kata Daniel.

  • Risiko Reproduksi. Beberapa kajian, termasuk yang dijalankan di Fakulti Perubatan Universiti Geneva baru-baru ini, telah mengaitkan isoflavon di dalam soya dengan penurunan jumlah sperma dan kesan sampingan seksual pada tikus. Kajian soya-dan-tikus adalah banyak dan kontroversi kerana pengkritik mengatakan bahawa kajian tikus tidak mempunyai aplikasi manusia secara langsung dan tikus yang dikaji diberi dos soya yang lebih pekat daripada mana-mana manusia akan makan. “Memang benar bahawa tikus dan manusia adalah berbeza, tetapi jika soya menjejaskan haiwan, ia adalah jelas bahawa akan ada beberapa kesan ke atas manusia juga,” jawab Daniel.
  • Risiko Kanser. Kanser dan soya adalah salah satu isu kesihatan yang paling panas pada hari ini. Beberapa kajian, termasuk satu kajian yang memantau hampir 100,000 wanita California selama lapan tahun telah mendapati bahawa pengambilan soya mengurangkan risiko kanser ovari atau payudara. Kajian kedua yang memantau 64,000 wanita Jepun selama 15 tahun mengaitkan pengambilan dadih kacang soya, khususnya tauhu kepada penurunan kadar kematian akibat kanser ovari. Sebaliknya pula pelbagai kajian telah mengaitkan pengambilan soya dengan kanser payudara berulang bermakna jika seorang wanita sudah mempunyai kanser payudara, ia berkemungkinan untuk kembali jika makanannya banyak soya. Mark Messina MD yang merupakan penasihat kepada Lembaga Kacang Soya Amerika Syarikat, berkata kajian telah mengaitkan pengambilan soya dengan penurunan risiko kanser prostat, bagaimanapun satu kajian di Sweden baru-baru ini membuat kesimpulan yang sebaliknya.
  • Kesihatan Jantung dan Pengurusan Berat Badan. Jika ada satu perkara yang kedua-dua pihak yang bertentangan tentang soya boleh bersetuju ia adalah produk soya merupakan sumber protein tanpa lemak yang sangat baik. "Jika anda memilih soya dan bukannya daging yang lebih tinggi lemak sebagai sumber protein anda, anda akan mempunyai kurang kalori dan kurang lemak tepu, maka ia lebih kepada satu pilihan untuk jantung yang sihat." kata Gross. "Jika anda melakukannya dengan betul makan produk soya rendah kalori dan bukannya produk haiwan boleh membantu anda mengurus berat badan." Kajian juga telah mendapati bahawa pengambilan tetap soya dapat menurunkan kolesterol LDL tidak baik.
  • Menopaus. Bagi sesetengah wanita, isoflavon soya membantu gejala menopaus seperti "hot flashes". Bagi yang lain, soya hanya memburukkan lagi gejala, kata Daniel. "Itulah sebabnya kita perlu menghargai soya yang sebenarnya merupakan satu penawar yang hebat, yang sesuai pada masa tertentu dan selalunya tidak sesuai." jelas beliau. Katanya lagi, malangnya satu-satunya cara sebenar untuk mengetahui bagaimana ia akan memberi kesan kepada anda adalah untuk mencubanya kerana tidak ada ujian untuk menentukan kesan soya ke atas individu.  

PATUTKAH ANDA MAKAN SOYA?!

SOYA seperti semua makanan mempunyai baik dan buruknya. Jadi seperti semua makanan mesej yang hendak disampaikan adalah makanlah dalam jumlah yang sederhana. Gross mengesyorkan makan 1-2 hidangan sehari maksimum, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang yang termasuk banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh, rendah atau tanpa lemak tenusu dan lain-lain sumber protein tanpa lemak. Memandangkan soya sering tersembunyi di dalam makanan diproses di bawah nama samaran seperti "protein sayuran bertekstur" ia adalah penting untuk membaca label pemakanan pada apa sahaja yang anda beli untuk memastikan ia tidak menyembunyikan soya bersama-sama dengan bahan lain.

Wednesday, November 11, 2015

My MINI TRAVEL STEAM IRON

  

Alhamdulillah.. akhirnya yg ditunggu dh tiba!

Sekarang ni klu menginap kt hotel bertaraf 4 - 5 bintang pn lom tentu dorg sediakan iron dalam bilik. Kebanyakannya dorg cuma sediakan 'Iron Room'.. itu pn tempatnya biasanya kt ceruk2 ujung.

Baru2 ni stay kt Bayu Beach PD pn tkde iron dlm bilik. Next week plk nk ke Langkawi.. so ada baiknya 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'..

.. n bagi aku cukuplah sekali pengalaman 'mistik' kt Iron Room di sebuah hotel bertaraf 4 bintang dlu. Mmg fobia n takkn lupa smpi bila2!

Nasib baik la Mr Hubby memahami n redhooo yg wife dia ni pengecut mcm Airyl. Huhuhu..

TQ Mr Hubby belikan 'Mini Travel Steam Iron' yg chomel ni. Tk kisah la tkde jenama asalkan bole guna n senang nk dibawa ke mana2..

 

This Mini-Steam Iron is designed in palm size which is very suitable for travel. It is compact, lightweight and convenient. Make it a necessary company of your travel!
  •  It is a foldable steam iron, easy to use and very convenient.
  • The flat holding handle makes it much easier for packing.
  • The push button for easy steam action.
  • Variable temperature control gives you more choice.
  • 1.4 meters cord helps you move more freely.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...